سوره علق به زبان مالایی
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), |
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; |
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - |
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - |
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. |
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), |
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. |
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan). |
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) - |
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang? |
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? - |
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)? |
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar? |
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? |
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), - |
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. |
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya), |
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)! |
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)! |
سورهای بیشتر به زبان مالایی:
دانلود سوره علق با صدای معروفترین قراء:
انتخاب خواننده برای گوش دادن و دانلود کامل سوره علق با کیفیت بالا.
أحمد العجمي
ابراهيم الاخضر
بندر بليلة
خالد الجليل
حاتم فريد الواعر
خليفة الطنيجي
سعد الغامدي
سعود الشريم
الشاطري
صلاح بوخاطر
عبد الباسط
عبدالرحمن العوسي
عبد الرشيد صوفي
عبدالعزيز الزهراني
عبد الله بصفر
عبد الله الجهني
علي الحذيفي
علي جابر
غسان الشوربجي
فارس عباد
ماهر المعيقلي
محمد أيوب
محمد المحيسني
محمد جبريل
المنشاوي
الحصري
مشاري العفاسي
ناصر القطامي
وديع اليمني
ياسر الدوسري
به قرآن کریم چنگ بزنید