Перевод суры Аль-Инфитар на Малайский язык

  1. Сура mp3
  2. Другие суры
  3. Малайский
Священный Коран | Перевод Корана | Язык Малайский | Сура Аль-Инфитар | الانفطار - получите точный и надежный Малайский текст сейчас - Количество аятов: 19 - Номер суры в мушафе: 82 - Значение названия суры на русском языке: The Cleaving Asunder.

إِذَا السَّمَاءُ انفَطَرَتْ(1)

 Apabila langit terbelah;

وَإِذَا الْكَوَاكِبُ انتَثَرَتْ(2)

 Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;

وَإِذَا الْبِحَارُ فُجِّرَتْ(3)

 Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;

وَإِذَا الْقُبُورُ بُعْثِرَتْ(4)

 Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -

عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ(5)

 (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ(6)

 Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -

الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ(7)

 Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;

فِي أَيِّ صُورَةٍ مَّا شَاءَ رَكَّبَكَ(8)

 Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.

كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُونَ بِالدِّينِ(9)

 Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.

وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ(10)

 Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,

كِرَامًا كَاتِبِينَ(11)

 (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);

يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ(12)

 Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ(13)

 (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;

وَإِنَّ الْفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ(14)

 Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.

يَصْلَوْنَهَا يَوْمَ الدِّينِ(15)

 Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,

وَمَا هُمْ عَنْهَا بِغَائِبِينَ(16)

 Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.

وَمَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ(17)

 Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

ثُمَّ مَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ(18)

 Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِّنَفْسٍ شَيْئًا ۖ وَالْأَمْرُ يَوْمَئِذٍ لِّلَّهِ(19)

 (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.


Больше сур в Малайский:


Аль-Бакара Аль-'Имран Ан-Ниса'
Аль-Маида Юсуф Ибрахим
Аль-Хиджр Аль-Кахф Марьям
Аль-Хадж Аль-Касас Аль-'Анкабут
Ас-Саджда Я-Син Ад-Духан
Аль-Фатх Аль-Худжурат Каф
Ан-Наджм Ар-Рахман Аль-Ваки'а
Аль-Хашр Аль-Мульк Аль-Хакка
Аль-Иншикак Аль-А'ла Аль-Гашия

Скачать суру Al-Infitar с голосом самых известных рекитаторов Корана:

Сура Al-Infitar mp3: выберите рекитатора, чтобы прослушать и скачать главу Al-Infitar полностью в высоком качестве
surah Al-Infitar Ahmed El Agamy
Ahmed Al Ajmy
surah Al-Infitar Bandar Balila
Bandar Balila
surah Al-Infitar Khalid Al Jalil
Khalid Al Jalil
surah Al-Infitar Saad Al Ghamdi
Saad Al Ghamdi
surah Al-Infitar Saud Al Shuraim
Saud Al Shuraim
surah Al-Infitar Abdul Basit Abdul Samad
Abdul Basit
surah Al-Infitar Abdul Rashid Sufi
Abdul Rashid Sufi
surah Al-Infitar Abdullah Basfar
Abdullah Basfar
surah Al-Infitar Abdullah Awwad Al Juhani
Abdullah Al Juhani
surah Al-Infitar Fares Abbad
Fares Abbad
surah Al-Infitar Maher Al Muaiqly
Maher Al Muaiqly
surah Al-Infitar Muhammad Siddiq Al Minshawi
Al Minshawi
surah Al-Infitar Al Hosary
Al Hosary
surah Al-Infitar Al-afasi
Mishari Al-afasi
surah Al-Infitar Yasser Al Dosari
Yasser Al Dosari


Sunday, December 22, 2024

Помолитесь за нас хорошей молитвой