🔥 0 hari berturut-turut
📖 Surah panjang — dibahagikan kepada bahagian lebih kecil (52 Ayat)
📚 Semua Surah
30%
🎤 Ketik ikon mikrofon 🎙️ di sebelah mana-mana ayat untuk merakam suara anda, kemudian dengar dan bandingkan dengan qari.
0/52
69:1 🔁 0/5
ٱلۡحَآقَّةُ  ۝١
Al haaaqqah
Saat yang tetap berlaku itu -
🎤 Rakaman anda:
69:2 🔁 0/5
مَا ٱلۡحَآقَّةُ  ۝٢
Mal haaaqqah
Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?
🎤 Rakaman anda:
69:3 🔁 0/5
وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡحَآقَّةُ  ۝٣
Wa maaa adraaka mal haaaqqah
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat).
🎤 Rakaman anda:
69:4 🔁 0/5
كَذَّبَتۡ ثَمُودُ وَعَادُۢ بِٱلۡقَارِعَةِ  ۝٤
Kazzabat samoodu wa `Aadum bil qaari`ah
Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu.
🎤 Rakaman anda:
69:5 🔁 0/5
فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهۡلِكُواْ بِٱلطَّاغِيَةِ  ۝٥
Fa-ammaa Samoodu fauhlikoo bittaaghiyah
Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya.
🎤 Rakaman anda:
69:6 🔁 0/5
وَأَمَّا عَادٌ فَأُهۡلِكُواْ بِرِيحٍ صَرۡصَرٍ عَاتِيَةٍ  ۝٦
Wa ammaa `Aadun fa uhlikoo bireehin sarsarin `aatiyah
Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, -
🎤 Rakaman anda:
69:7 🔁 0/5
سَخَّرَهَا عَلَيۡهِمۡ سَبۡعَ لَيَالٍ وَثَمَٰنِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًاۖ فَتَرَى ٱلۡقَوۡمَ فِيهَا صَرۡعَىٰ كَأَنَّهُمۡ أَعۡجَازُ نَخۡلٍ خَاوِيَةٍ  ۝٧
Sakhkharahaa `alaihim sab`a la yaalinw wa samaaniyata ayyaamin husooman fataral qawma feehaa sar`aa ka annahum a`jaazu nakhlin khaawiyah
Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.
🎤 Rakaman anda:
69:8 🔁 0/5
فَهَلۡ تَرَىٰ لَهُم مِّنۢ بَاقِيَةٍ  ۝٨
Fahal taraa lahum mim baaqiyah
Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?
🎤 Rakaman anda:
69:9 🔁 0/5
وَجَآءَ فِرۡعَوۡنُ وَمَن قَبۡلَهُۥ وَٱلۡمُؤۡتَفِكَٰتُ بِٱلۡخَاطِئَةِ  ۝٩
Wa jaaa`a Firawnu wa man qablahoo wal mu`tafikaatu bilhaati`ah
Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan - dengan melakukan perkara-perkara yang salah.
🎤 Rakaman anda:
69:10 🔁 0/5
فَعَصَوۡاْ رَسُولَ رَبِّهِمۡ فَأَخَذَهُمۡ أَخۡذَةً رَّابِيَةً  ۝١٠
Fa`ansaw Rasoola Rabbihim fa akhazahum akhzatar raabiyah
Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.
🎤 Rakaman anda:
69:11 🔁 0/5
إِنَّا لَمَّا طَغَا ٱلۡمَآءُ حَمَلۡنَٰكُمۡ فِي ٱلۡجَارِيَةِ  ۝١١
Innaa lammaa taghal maaa`u hamalnaakum fil jaariyah
Sesungguhnya Kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya).
🎤 Rakaman anda:
69:12 🔁 0/5
لِنَجۡعَلَهَا لَكُمۡ تَذۡكِرَةً وَتَعِيَهَآ أُذُنٌ وَٰعِيَةٌ  ۝١٢
Linaj`alahaa lakum tazki ratanw-wa ta`iyahaa unzununw waa`iyah
(Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran.
🎤 Rakaman anda:
69:13 🔁 0/5
فَإِذَا نُفِخَ فِي ٱلصُّورِ نَفۡخَةٌ وَٰحِدَةٌ  ۝١٣
Fa izaa nufikha fis soori nafkhatunw waahidah
Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, -
🎤 Rakaman anda:
69:14 🔁 0/5
وَحُمِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَٱلۡجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً وَٰحِدَةً  ۝١٤
Wa humilatil ardu wal jibaalu fadukkataa dakkatanw waahidah
Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, -
🎤 Rakaman anda:
69:15 🔁 0/5
فَيَوۡمَئِذٍ وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ  ۝١٥
Fa yawma`izinw waqa`atil waaqi`ah
Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, -
🎤 Rakaman anda:
69:16 🔁 0/5
وَٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَهِيَ يَوۡمَئِذٍ وَاهِيَةٌ  ۝١٦
Wanshaqqatis samaaa`u fahiya yawma `izinw-waahiyah
Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh),
🎤 Rakaman anda:
69:17 🔁 0/5
وَٱلۡمَلَكُ عَلَىٰٓ أَرۡجَآئِهَاۚ وَيَحۡمِلُ عَرۡشَ رَبِّكَ فَوۡقَهُمۡ يَوۡمَئِذٍ ثَمَٰنِيَةٌ  ۝١٧
Wal malaku `alaaa arjaaa`ihaa; wa yahmilu `Arsha Rabbika fawqahum yawma`izin samaaniyah
Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.
🎤 Rakaman anda:
69:18 🔁 0/5
يَوۡمَئِذٍ تُعۡرَضُونَ لَا تَخۡفَىٰ مِنكُمۡ خَافِيَةٌ  ۝١٨
Yawma`izin tu`radoona laa takhfaa min kum khaafiyah
Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.
🎤 Rakaman anda:
69:19 🔁 0/5
فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ هَآؤُمُ ٱقۡرَءُواْ كِتَٰبِيَهۡ  ۝١٩
Fa ammaa man ootiya kitaabahoo biyameenihee fa yaqoolu haaa`umuq ra`oo kitaabiyah
Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!
🎤 Rakaman anda:
69:20 🔁 0/5
إِنِّي ظَنَنتُ أَنِّي مُلَٰقٍ حِسَابِيَهۡ  ۝٢٠
Innee zannantu annee mulaaqin hisaabiyah
"Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"
🎤 Rakaman anda:
69:21 🔁 0/5
فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ  ۝٢١
Fahuwa fee `eeshatir raadiyah
Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, -
🎤 Rakaman anda:
69:22 🔁 0/5
فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ  ۝٢٢
Fee jannnatin `aaliyah
Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), -
🎤 Rakaman anda:
69:23 🔁 0/5
قُطُوفُهَا دَانِيَةٌ  ۝٢٣
Qutoofuhaa daaniyah
Buah-buahannya dekat untuk dipetik.
🎤 Rakaman anda:
69:24 🔁 0/5
كُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ هَنِيٓـَٔۢا بِمَآ أَسۡلَفۡتُمۡ فِي ٱلۡأَيَّامِ ٱلۡخَالِيَةِ  ۝٢٤
Kuloo washraboo haneee`am bimaaa aslaftum fil ayyaamil khaliyah
(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"
🎤 Rakaman anda:
69:25 🔁 0/5
وَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِشِمَالِهِۦ فَيَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي لَمۡ أُوتَ كِتَٰبِيَهۡ  ۝٢٥
Wa ammaa man ootiya kitaabahoo bishimaalihee fa yaqoolu yaalaitanee lam oota kitaaabiyah
Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, -
🎤 Rakaman anda:
69:26 🔁 0/5
وَلَمۡ أَدۡرِ مَا حِسَابِيَهۡ  ۝٢٦
Wa lam adri maa hisaabiyah
"Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.
🎤 Rakaman anda:
69:27 🔁 0/5
يَٰلَيۡتَهَا كَانَتِ ٱلۡقَاضِيَةَ  ۝٢٧
Yaa laitahaa kaanatil qaadiyah
"Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); -
🎤 Rakaman anda:
69:28 🔁 0/5
مَآ أَغۡنَىٰ عَنِّي مَالِيَهۡۜ  ۝٢٨
Maaa aghnaa `annee maaliyah
"Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; -
🎤 Rakaman anda:
69:29 🔁 0/5
هَلَكَ عَنِّي سُلۡطَٰنِيَهۡ  ۝٢٩
Halaka `annee sultaaniyah
Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku".
🎤 Rakaman anda:
69:30 🔁 0/5
خُذُوهُ فَغُلُّوهُ  ۝٣٠
Khuzoohu faghullooh
(Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, -
🎤 Rakaman anda:
69:31 🔁 0/5
ثُمَّ ٱلۡجَحِيمَ صَلُّوهُ  ۝٣١
Summal Jaheema sallooh
"Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -
🎤 Rakaman anda:
69:32 🔁 0/5
ثُمَّ فِي سِلۡسِلَةٍ ذَرۡعُهَا سَبۡعُونَ ذِرَاعًا فَٱسۡلُكُوهُ  ۝٣٢
Summa fee silsilatin zar`uhaa sab`oona ziraa`an faslukooh
"Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!
🎤 Rakaman anda:
69:33 🔁 0/5
إِنَّهُۥ كَانَ لَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ ٱلۡعَظِيمِ  ۝٣٣
Innahoo kaana laa yu`minubillaahil `Azeem
"Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,
🎤 Rakaman anda:
69:34 🔁 0/5
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ  ۝٣٤
wa laa yahuddu `alaa ta`aamil miskeen
"Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.
🎤 Rakaman anda:
69:35 🔁 0/5
فَلَيۡسَ لَهُ ٱلۡيَوۡمَ هَٰهُنَا حَمِيمٌ  ۝٣٥
Falaysa lahul yawma haahunaa hameem
"Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), -
🎤 Rakaman anda:
69:36 🔁 0/5
وَلَا طَعَامٌ إِلَّا مِنۡ غِسۡلِينٍ  ۝٣٦
Wa laa ta`aamun illaa min ghisleen
"Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,
🎤 Rakaman anda:
69:37 🔁 0/5
لَّا يَأۡكُلُهُۥٓ إِلَّا ٱلۡخَٰطِـُٔونَ  ۝٣٧
Laa yaakuluhooo illal khati`oon
"Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah".
🎤 Rakaman anda:
69:38 🔁 0/5
فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَا تُبۡصِرُونَ  ۝٣٨
Falaaa uqsimu bimaa tubsiroon
Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya, -
🎤 Rakaman anda:
69:39 🔁 0/5
وَمَا لَا تُبۡصِرُونَ  ۝٣٩
Wa maa laa tubsiroon
Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya, -
🎤 Rakaman anda:
69:40 🔁 0/5
إِنَّهُۥ لَقَوۡلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ  ۝٤٠
Innahoo laqawlu Rasoolin kareem
Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.
🎤 Rakaman anda:
69:41 🔁 0/5
وَمَا هُوَ بِقَوۡلِ شَاعِرٍۚ قَلِيلًا مَّا تُؤۡمِنُونَ  ۝٤١
Wa ma huwa biqawli shaa`ir; qaleelam maa tu`minoon
Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.
🎤 Rakaman anda:
69:42 🔁 0/5
وَلَا بِقَوۡلِ كَاهِنٍۚ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ  ۝٤٢
Wa laa biqawli kaahin; qaleelam maa tazakkaroon
Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.
🎤 Rakaman anda:
69:43 🔁 0/5
تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ  ۝٤٣
Tanzeelum mir rabbil `aalameen
(Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
🎤 Rakaman anda:
69:44 🔁 0/5
وَلَوۡ تَقَوَّلَ عَلَيۡنَا بَعۡضَ ٱلۡأَقَاوِيلِ  ۝٤٤
Wa law taqawwala `alainaa ba`dal aqaaweel
Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, -
🎤 Rakaman anda:
69:45 🔁 0/5
لَأَخَذۡنَا مِنۡهُ بِٱلۡيَمِينِ  ۝٤٥
La-akhaznaa minhu bilyameen
Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -
🎤 Rakaman anda:
69:46 🔁 0/5
ثُمَّ لَقَطَعۡنَا مِنۡهُ ٱلۡوَتِينَ  ۝٤٦
Summa laqata`naa minhul wateen
Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta);
🎤 Rakaman anda:
69:47 🔁 0/5
فَمَا مِنكُم مِّنۡ أَحَدٍ عَنۡهُ حَٰجِزِينَ  ۝٤٧
Famaa minkum min ahadin`anhu haajizeen
Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.
🎤 Rakaman anda:
69:48 🔁 0/5
وَإِنَّهُۥ لَتَذۡكِرَةٌ لِّلۡمُتَّقِينَ  ۝٤٨
Wa innahoo latazkiratul lilmuttaqeen
Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.
🎤 Rakaman anda:
69:49 🔁 0/5
وَإِنَّا لَنَعۡلَمُ أَنَّ مِنكُم مُّكَذِّبِينَ  ۝٤٩
Wa inna lana`lamu anna minkum mukazzibeen
Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya).
🎤 Rakaman anda:
69:50 🔁 0/5
وَإِنَّهُۥ لَحَسۡرَةٌ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ  ۝٥٠
Wa innahu lahasratun `alal kaafireen
Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan).
🎤 Rakaman anda:
69:51 🔁 0/5
وَإِنَّهُۥ لَحَقُّ ٱلۡيَقِينِ  ۝٥١
Wa innahoo lahaqqul yaqeen
Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).
🎤 Rakaman anda:
69:52 🔁 0/5
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ  ۝٥٢
Fasbbih bismi Rabbikal `Azeem
Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
🎤 Rakaman anda:
💡 Ketik perkataan tersembunyi untuk memaparkannya sementara — kemajuan anda disimpan secara automatik.

🎉
🎊 Syabas! Hafazan Selesai
Mishary Rashid Alafasy
Mahmoud Khalil Al-Husary
Abdurrahman As-Sudais
Mohamed Siddiq Al-Minshawi
Abdul Basit Abdul Samad
Ali Al-Hudhaify
Ahmed ibn Ali al-Ajamy
Abu Bakr Ash-Shaatree
Muhammad Ayyoub
Abdullah Basfar
Abdullah Al-Juhani
Maher Al Muaiqly
0:00
0:00
-

Al-Quran


Tuesday, August 18, 2026

Jangan lupakan kami dalam doa baik anda