🔥 0 hari berturut-turut
📖 Surah panjang — dibahagikan kepada bahagian lebih kecil (44 Ayat)
0/44
70:1
🔁 0/5
سَأَلَ سَآئِلُۢ بِعَذَابٍ وَاقِعٍ ١
Sa ala saaa`ilum bi`azaa binw-waaqi
Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,
🎤 Rakaman anda:
70:2
🔁 0/5
لِّلۡكَٰفِرِينَ لَيۡسَ لَهُۥ دَافِعٌ ٢
Lilkaafireen laisa lahoo daafi
Azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya -
🎤 Rakaman anda:
70:3
🔁 0/5
مِّنَ ٱللَّهِ ذِي ٱلۡمَعَارِجِ ٣
Minal laahi zil ma`aarij
Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik -
🎤 Rakaman anda:
70:4
🔁 0/5
تَعۡرُجُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ إِلَيۡهِ فِي يَوۡمٍ كَانَ مِقۡدَارُهُۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٍ ٤
Ta`rujul malaaa`ikatu war Roohu ilaihi fee yawmin kaana miqdaaruhoo khamseena alfa sanah
Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).
🎤 Rakaman anda:
70:5
🔁 0/5
فَٱصۡبِرۡ صَبۡرًا جَمِيلًا ٥
Fasbir ssabran jameelaa
Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.
🎤 Rakaman anda:
70:6
🔁 0/5
إِنَّهُمۡ يَرَوۡنَهُۥ بَعِيدًا ٦
Inaahum yarawnahoo ba`eedaa
Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku),
🎤 Rakaman anda:
70:7
🔁 0/5
وَنَرَىٰهُ قَرِيبًا ٧
Wa naraahu qareebaa
Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku),
🎤 Rakaman anda:
70:8
🔁 0/5
يَوۡمَ تَكُونُ ٱلسَّمَآءُ كَٱلۡمُهۡلِ ٨
Yawma takoonus samaaa`u kalmuhl
(Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair,
🎤 Rakaman anda:
70:9
🔁 0/5
وَتَكُونُ ٱلۡجِبَالُ كَٱلۡعِهۡنِ ٩
Wa takoonul jibaalu kal`ihn
Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan)
🎤 Rakaman anda:
70:10
🔁 0/5
وَلَا يَسۡـَٔلُ حَمِيمٌ حَمِيمًا ١٠
Wa laa yas`alu hameemun hameemaa
Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),
🎤 Rakaman anda:
70:11
🔁 0/5
يُبَصَّرُونَهُمۡۚ يَوَدُّ ٱلۡمُجۡرِمُ لَوۡ يَفۡتَدِي مِنۡ عَذَابِ يَوۡمِئِذِۭ بِبَنِيهِ ١١
Yubassaroonahum; ya waddul mujrimu law yaftadee min `azaabi yawma`izim bibaneeh
Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri,
🎤 Rakaman anda:
70:12
🔁 0/5
وَصَٰحِبَتِهِۦ وَأَخِيهِ ١٢
Wa saahibatihee wa akheeh
Dan isteri serta saudaranya,
🎤 Rakaman anda:
70:13
🔁 0/5
وَفَصِيلَتِهِ ٱلَّتِي تُـٔۡوِيهِ ١٣
Wa faseelathil latee tu`weeh
Dan kaum kerabatnya yang melindunginya,
🎤 Rakaman anda:
70:14
🔁 0/5
وَمَن فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعًا ثُمَّ يُنجِيهِ ١٤
Wa man fil ardi jamee`an summa yunjeeh
Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi - kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya.
🎤 Rakaman anda:
70:15
🔁 0/5
كـَلَّآۖ إِنَّهَا لَظَىٰ ١٥
Kallaa innahaa lazaa
Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya,
🎤 Rakaman anda:
70:16
🔁 0/5
نَزَّاعَةً لِّلشَّوَىٰ ١٦
Nazzaa`atal lishshawaa
(Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan,
🎤 Rakaman anda:
70:17
🔁 0/5
تَدۡعُواْ مَنۡ أَدۡبَرَ وَتَوَلَّىٰ ١٧
Tad`oo man adbara wa tawallaa
Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran),
🎤 Rakaman anda:
70:18
🔁 0/5
وَجَمَعَ فَأَوۡعَىٰٓ ١٨
W jama`a fa aw`aa
Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya).
🎤 Rakaman anda:
70:19
🔁 0/5
۞ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ خُلِقَ هَلُوعًا ١٩
Innal insaana khuliqa haloo`aa
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -
🎤 Rakaman anda:
70:20
🔁 0/5
إِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ جَزُوعًا ٢٠
Izaa massahush sharru jazoo`aa
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
🎤 Rakaman anda:
70:21
🔁 0/5
وَإِذَا مَسَّهُ ٱلۡخَيۡرُ مَنُوعًا ٢١
Wa izaa massahul khairu manoo`aa
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
🎤 Rakaman anda:
70:22
🔁 0/5
إِلَّا ٱلۡمُصَلِّينَ ٢٢
Illal musalleen
Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -
🎤 Rakaman anda:
70:23
🔁 0/5
ٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَاتِهِمۡ دَآئِمُونَ ٢٣
Allazeena hum `alaa Salaatihim daaa`imoon
Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
🎤 Rakaman anda:
70:24
🔁 0/5
وَٱلَّذِينَ فِيٓ أَمۡوَٰلِهِمۡ حَقٌّ مَّعۡلُومٌ ٢٤
Wallazeena feee amwaalihim haqqum ma`loom
Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum -
🎤 Rakaman anda:
70:25
🔁 0/5
لِّلسَّآئِلِ وَٱلۡمَحۡرُومِ ٢٥
Lissaaa `ili walmahroom
Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);
🎤 Rakaman anda:
70:26
🔁 0/5
وَٱلَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ ٢٦
Wallazeena yusaddiqoona bi yawmid Deen
Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);
🎤 Rakaman anda:
70:27
🔁 0/5
وَٱلَّذِينَ هُم مِّنۡ عَذَابِ رَبِّهِم مُّشۡفِقُونَ ٢٧
Wallazeena hum min `azaabi Rabbihim mushfiqoon
Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -
🎤 Rakaman anda:
70:28
🔁 0/5
إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمۡ غَيۡرُ مَأۡمُونٍ ٢٨
Inna `azaaba Rabbihim ghairu maamoon
Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;
🎤 Rakaman anda:
70:29
🔁 0/5
وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَٰفِظُونَ ٢٩
Wallazeena hum lifuroo jihim haafizoon
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
🎤 Rakaman anda:
70:30
🔁 0/5
إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٰجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُهُمۡ فَإِنَّهُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ ٣٠
Illaa `alaaa azwaajihim aw maa malakat aymaanuhum fainnahum ghairu maloomeen
Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
🎤 Rakaman anda:
70:31
🔁 0/5
فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ ٣١
Famanib taghaa waraaa`a zaalika fa ulaaa`ika humul `aadoon
Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
🎤 Rakaman anda:
70:32
🔁 0/5
وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَٰنَٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٰعُونَ ٣٢
Wallazeena hum li amaa naatihim wa `ahdihim raa`oon
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
🎤 Rakaman anda:
70:33
🔁 0/5
وَٱلَّذِينَ هُم بِشَهَٰدَٰتِهِمۡ قَآئِمُونَ ٣٣
Wallazeena hum bishahaadaatihim qaaa`imoon
Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
🎤 Rakaman anda:
70:34
🔁 0/5
وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَاتِهِمۡ يُحَافِظُونَ ٣٤
Wallazeena hum `alaa salaatihim yuhaafizoon
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
🎤 Rakaman anda:
70:35
🔁 0/5
أُوْلَٰٓئِكَ فِي جَنَّٰتٍ مُّكۡرَمُونَ ٣٥
Ulaaa`ika fee jannaatim mukramoon
Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.
🎤 Rakaman anda:
70:36
🔁 0/5
فَمَالِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ قِبَلَكَ مُهۡطِعِينَ ٣٦
Famaa lil lazeena kafaroo qibalaka muhti`een
Maka apakah yang menyebabkan orang-orang kafir, yang menentangmu (wahai Muhammad) datang berkejaran ke sisimu -
🎤 Rakaman anda:
70:37
🔁 0/5
عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَعَنِ ٱلشِّمَالِ عِزِينَ ٣٧
Anil yameeni wa `anish shimaali `izeen
(Sambil mereka) berkumpul berpuak-puak di sebelah kanan dan di sebelah kirimu.
🎤 Rakaman anda:
70:38
🔁 0/5
أَيَطۡمَعُ كُلُّ ٱمۡرِيٍٕ مِّنۡهُمۡ أَن يُدۡخَلَ جَنَّةَ نَعِيمٍ ٣٨
Ayatma`u kullum ri`im minhum anyyudkhala jannata Na`eem
Patutkah tiap-tiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh nikmat (sedang ia tidak beriman)?
🎤 Rakaman anda:
70:39
🔁 0/5
كـَلَّآۖ إِنَّا خَلَقۡنَٰهُم مِّمَّا يَعۡلَمُونَ ٣٩
Kallaaa innaa khalaq nahum mimmaa ya`lamoon
Tidak sekali-kali! (Mereka yang kufur ingkar tidak akan dapat memasukinya). Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari apa yang mereka sedia mengetahuinya.
🎤 Rakaman anda:
70:40
🔁 0/5
فَلَآ أُقۡسِمُ بِرَبِّ ٱلۡمَشَٰرِقِ وَٱلۡمَغَٰرِبِ إِنَّا لَقَٰدِرُونَ ٤٠
Falaaa uqsimu bi Rabbil mashaariqi wal maghaaribi innaa laqaadiroon
Maka Aku bersumpah dengan (kebesaranKu) Tuhan yang menguasai (seluruh alam, meliputi) tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat-tempat tenggelamnya, - sesungguhnya Kami berkuasa -
🎤 Rakaman anda:
70:41
🔁 0/5
عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ خَيۡرًا مِّنۡهُمۡ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ ٤١
Alaaa an nubaddila khairam minhum wa maa Nahnu bimasbooqeen
(Membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka dengan makhluk-makluk yang lebih baik dari mereka; dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan.
🎤 Rakaman anda:
70:42
🔁 0/5
فَذَرۡهُمۡ يَخُوضُواْ وَيَلۡعَبُواْ حَتَّىٰ يُلَٰقُواْ يَوۡمَهُمُ ٱلَّذِي يُوعَدُونَ ٤٢
Fazarhum yakhoodoo wa yal`aboo hattaa yulaaqoo yaw mahumul lazee yoo`adoon
Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! -
🎤 Rakaman anda:
70:43
🔁 0/5
يَوۡمَ يَخۡرُجُونَ مِنَ ٱلۡأَجۡدَاثِ سِرَاعًا كَأَنَّهُمۡ إِلَىٰ نُصُبٍ يُوفِضُونَ ٤٣
Yawma yakhrujoona minal ajdaasi siraa`an ka anna hum ilaa nusubiny yoofidoon
Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala (yang mereka sembah dahulu),
🎤 Rakaman anda:
70:44
🔁 0/5
خَٰشِعَةً أَبۡصَٰرُهُمۡ تَرۡهَقُهُمۡ ذِلَّةٌۚ ذَٰلِكَ ٱلۡيَوۡمُ ٱلَّذِي كَانُواْ يُوعَدُونَ ٤٤
Khaashi`atan absaaruhum tarhaquhum zillah; zaalikal yawmul lazee kaanoo yoo`adoon
Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan; itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.
🎤 Rakaman anda:
💡 Ketik perkataan tersembunyi untuk memaparkannya sementara — kemajuan anda disimpan secara automatik.
العربيةEnglishBahasa IndonesiaTürkçeРусскийفارسیFrançaisاردوবাংলাDeutschEspañol中文हिन्दीPortuguêsItalianoภาษาไทยPolskiNederlandsShqipKiswahiliO'zbekதமிழ்MelayuBosanskiSoomaaliAzərbaycanکوردی한국어日本語SvenskaDanskNorskپښتوമലയാളംසිංහලTamazightHausaአማርኛБългарскиТоҷикӣҚазақшаFilipinoسنڌيYorùbáFulfuldeТатарчаئۇيغۇرچەКыргызчаਪੰਜਾਬੀJawaతెలుగుမြန်မာગુજરાતીOromoमराठीTiếng ViệtMalagasyНохчийнWolofދިވެހިಕನ್ನಡУкраїнськаΕλληνικάქართულიខ្មែរدریQafar afMaranaoनेपाली
Al-Quran
Tuesday, August 18, 2026
Jangan lupakan kami dalam doa baik anda







