Surah Ar-Rahman Arab dan Melayu
Baca Surah Ar-Rahman dengan terjemahan Bahasa Melayu yang lengkap, transliterasi dan bacaan audio. Terjemahan ayat demi ayat. (78 Ayat — مدنية). Ar-Rahman Dengar, Ar-Rahman Terjemahan, Ar-Rahman mp3, Ar-Rahman pdf.Baca dan Dengar Surah Ar-Rahman
🎧 Ayat
M
Mishary Rashid Alafasy
✓
Mishary Rashid Alafasy
✓
M
Mahmoud Khalil Al-Husary
✓
Mahmoud Khalil Al-Husary
✓
A
Abdurrahman As-Sudais
✓
Abdurrahman As-Sudais
✓
M
Mohamed Siddiq Al-Minshawi
✓
Mohamed Siddiq Al-Minshawi
✓
A
Abdul Basit Abdul Samad
✓
Abdul Basit Abdul Samad
✓
A
Ali Al-Hudhaify
✓
Ali Al-Hudhaify
✓
A
Ahmed ibn Ali al-Ajamy
✓
Ahmed ibn Ali al-Ajamy
✓
A
Abu Bakr Ash-Shaatree
✓
Abu Bakr Ash-Shaatree
✓
M
Muhammad Ayyoub
✓
Muhammad Ayyoub
✓
A
Abdullah Basfar
✓
Abdullah Basfar
✓
A
Abdullah Al-Juhani
✓
Abdullah Al-Juhani
✓
M
Maher Al Muaiqly
✓
Maher Al Muaiqly
✓
—
x1
عَلَّمَهُ الْبَيَانَ ٤
📖 Terjemahan
Ayat 4
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ ٥
📖 Terjemahan
Ayat 5
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
وَالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ ٦
📖 Terjemahan
Ayat 6
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ ٧
📖 Terjemahan
Ayat 7
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ ٨
📖 Terjemahan
Ayat 8
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ ٩
📖 Terjemahan
Ayat 9
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ ١٠
📖 Terjemahan
Ayat 10
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
فِيهَا فَاكِهَةٌ وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ ١١
📖 Terjemahan
Ayat 11
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ ١٢
📖 Terjemahan
Ayat 12
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ١٣
📖 Terjemahan
Ayat 13
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
خَلَقَ الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ ١٤
📖 Terjemahan
Ayat 14
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
وَخَلَقَ الْجَانَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ ١٥
📖 Terjemahan
Ayat 15
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ١٦
📖 Terjemahan
Ayat 16
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ ١٧
📖 Terjemahan
Ayat 17
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ١٨
📖 Terjemahan
Ayat 18
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ ١٩
📖 Terjemahan
Ayat 19
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ ٢٠
📖 Terjemahan
Ayat 20
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٢١
📖 Terjemahan
Ayat 21
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ ٢٢
📖 Terjemahan
Ayat 22
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٢٣
📖 Terjemahan
Ayat 23
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
وَلَهُ الْجَوَارِ الْمُنشَآتُ فِي الْبَحْرِ كَالْأَعْلَامِ ٢٤
📖 Terjemahan
Ayat 24
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٢٥
📖 Terjemahan
Ayat 25
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ ٢٧
📖 Terjemahan
Ayat 27
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٢٨
📖 Terjemahan
Ayat 28
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
يَسْأَلُهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ ٢٩
📖 Terjemahan
Ayat 29
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٠
📖 Terjemahan
Ayat 30
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ الثَّقَلَانِ ٣١
📖 Terjemahan
Ayat 31
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٢
📖 Terjemahan
Ayat 32
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ ٣٣
📖 Terjemahan
Ayat 33
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٤
📖 Terjemahan
Ayat 34
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ ٣٥
📖 Terjemahan
Ayat 35
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٦
📖 Terjemahan
Ayat 36
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فَإِذَا انشَقَّتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ ٣٧
📖 Terjemahan
Ayat 37
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٨
📖 Terjemahan
Ayat 38
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْأَلُ عَن ذَنبِهِ إِنسٌ وَلَا جَانٌّ ٣٩
📖 Terjemahan
Ayat 39
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٠
📖 Terjemahan
Ayat 40
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَالْأَقْدَامِ ٤١
📖 Terjemahan
Ayat 41
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٢
📖 Terjemahan
Ayat 42
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
هَٰذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا الْمُجْرِمُونَ ٤٣
📖 Terjemahan
Ayat 43
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ آنٍ ٤٤
📖 Terjemahan
Ayat 44
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٥
📖 Terjemahan
Ayat 45
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ ٤٦
📖 Terjemahan
Ayat 46
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٧
📖 Terjemahan
Ayat 47
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ذَوَاتَا أَفْنَانٍ ٤٨
📖 Terjemahan
Ayat 48
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٩
📖 Terjemahan
Ayat 49
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ ٥٠
📖 Terjemahan
Ayat 50
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥١
📖 Terjemahan
Ayat 51
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
فِيهِمَا مِن كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجَانِ ٥٢
📖 Terjemahan
Ayat 52
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥٣
📖 Terjemahan
Ayat 53
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ ٥٤
📖 Terjemahan
Ayat 54
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥٥
📖 Terjemahan
Ayat 55
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ ٥٦
📖 Terjemahan
Ayat 56
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥٧
📖 Terjemahan
Ayat 57
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ ٥٨
📖 Terjemahan
Ayat 58
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥٩
📖 Terjemahan
Ayat 59
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ ٦٠
📖 Terjemahan
Ayat 60
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦١
📖 Terjemahan
Ayat 61
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ ٦٢
📖 Terjemahan
Ayat 62
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦٣
📖 Terjemahan
Ayat 63
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦٥
📖 Terjemahan
Ayat 65
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ ٦٦
📖 Terjemahan
Ayat 66
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦٧
📖 Terjemahan
Ayat 67
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ ٦٨
📖 Terjemahan
Ayat 68
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦٩
📖 Terjemahan
Ayat 69
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ ٧٠
📖 Terjemahan
Ayat 70
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٧١
📖 Terjemahan
Ayat 71
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
حُورٌ مَّقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ ٧٢
📖 Terjemahan
Ayat 72
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٧٣
📖 Terjemahan
Ayat 73
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ ٧٤
📖 Terjemahan
Ayat 74
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٧٥
📖 Terjemahan
Ayat 75
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِيٍّ حِسَانٍ ٧٦
📖 Terjemahan
Ayat 76
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٧٧
📖 Terjemahan
Ayat 77
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ ٧٨
📖 Terjemahan
Ayat 78
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Baca Surah Ar-Rahman Bahasa Melayu – Terjemahan dan Audio
Al-Quran
Tuesday, August 18, 2026
Jangan lupakan kami dalam doa baik anda

