🔥 0 hari berturut-turut
📖 Surah panjang — dibahagikan kepada bahagian lebih kecil (50 Ayat)
0/50
77:1
🔁 0/5
وَٱلۡمُرۡسَلَٰتِ عُرۡفًا ١
Wal mursalaati`urfaa
Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),
🎤 Rakaman anda:
77:2
🔁 0/5
فَٱلۡعَٰصِفَٰتِ عَصۡفًا ٢
Fal`aasifaati `asfaa
Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,
🎤 Rakaman anda:
77:3
🔁 0/5
وَٱلنَّٰشِرَٰتِ نَشۡرًا ٣
Wannaashiraati nashraa
Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,
🎤 Rakaman anda:
77:4
🔁 0/5
فَٱلۡفَٰرِقَٰتِ فَرۡقًا ٤
Falfaariqaati farqaa
Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,
🎤 Rakaman anda:
77:5
🔁 0/5
فَٱلۡمُلۡقِيَٰتِ ذِكۡرًا ٥
Falmulqiyaati zikra
Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),
🎤 Rakaman anda:
77:6
🔁 0/5
عُذۡرًا أَوۡ نُذۡرًا ٦
Uzran aw nuzraa
Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar - derhaka; -
🎤 Rakaman anda:
77:7
🔁 0/5
إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَوَٰقِعٌ ٧
Innamaa too`adoona lawaaqi
(Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku.
🎤 Rakaman anda:
77:8
🔁 0/5
فَإِذَا ٱلنُّجُومُ طُمِسَتۡ ٨
Fa izam nujoomu tumisat
Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap;
🎤 Rakaman anda:
77:9
🔁 0/5
وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ فُرِجَتۡ ٩
Wa izas samaaa`u furijat
Dan apabila langit terbelah;
🎤 Rakaman anda:
77:10
🔁 0/5
وَإِذَا ٱلۡجِبَالُ نُسِفَتۡ ١٠
Wa izal jibaalu nusifat
Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan;
🎤 Rakaman anda:
77:11
🔁 0/5
وَإِذَا ٱلرُّسُلُ أُقِّتَتۡ ١١
Wa izar Rusulu uqqitat
Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing).
🎤 Rakaman anda:
77:12
🔁 0/5
لِأَيِّ يَوۡمٍ أُجِّلَتۡ ١٢
Li ayyi yawmin ujjilat
(Jika ditanya): ke hari yang manakah (perkara-perkara yang besar) itu ditangguhkan?
🎤 Rakaman anda:
77:13
🔁 0/5
لِيَوۡمِ ٱلۡفَصۡلِ ١٣
Li yawmil Fasl
(Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum.
🎤 Rakaman anda:
77:14
🔁 0/5
وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِ ١٤
Wa maaa adraaka maa yawmul fasl
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pemutusan hukum itu?
🎤 Rakaman anda:
77:15
🔁 0/5
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ١٥
Wailuny yawma `izillilmukazzibeen
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)!
🎤 Rakaman anda:
77:16
🔁 0/5
أَلَمۡ نُهۡلِكِ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٦
Alam nuhlikil awwaleen
Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)?
🎤 Rakaman anda:
77:17
🔁 0/5
ثُمَّ نُتۡبِعُهُمُ ٱلۡأٓخِرِينَ ١٧
Summa nutbi`uhumul aakhireen
Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian.
🎤 Rakaman anda:
77:18
🔁 0/5
كَذَٰلِكَ نَفۡعَلُ بِٱلۡمُجۡرِمِينَ ١٨
Kazzlika naf`alu bilmujrimeen
Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.
🎤 Rakaman anda:
77:19
🔁 0/5
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ١٩
Wailunw yawma `izil lil mukazzibeen
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)!
🎤 Rakaman anda:
77:20
🔁 0/5
أَلَمۡ نَخۡلُقكُّم مِّن مَّآءٍ مَّهِينٍ ٢٠
Alam nakhlukkum mimmaaa`im maheen
Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?
🎤 Rakaman anda:
77:21
🔁 0/5
فَجَعَلۡنَٰهُ فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ ٢١
Faja`alnaahu fee qaraarim makeen
Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,
🎤 Rakaman anda:
77:22
🔁 0/5
إِلَىٰ قَدَرٍ مَّعۡلُومٍ ٢٢
Illaa qadrim ma`loom
Hingga ke suatu masa yang termaklum?
🎤 Rakaman anda:
77:23
🔁 0/5
فَقَدَرۡنَا فَنِعۡمَ ٱلۡقَٰدِرُونَ ٢٣
Faqadarnaa fani`mal qaadiroon
Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)!
🎤 Rakaman anda:
77:24
🔁 0/5
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٢٤
Wailuny yawma `izil lilmukazzibeen
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)!
🎤 Rakaman anda:
77:25
🔁 0/5
أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ كِفَاتًا ٢٥
Alam naj`alil arda kifaataa
Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)? -
🎤 Rakaman anda:
77:26
🔁 0/5
أَحۡيَآءً وَأَمۡوَٰتًا ٢٦
Ahyaaa`anw wa amwaataa
Yang hidup dan yang mati?
🎤 Rakaman anda:
77:27
🔁 0/5
وَجَعَلۡنَا فِيهَا رَوَٰسِيَ شَٰمِخَٰتٍ وَأَسۡقَيۡنَٰكُم مَّآءً فُرَاتًا ٢٧
Wa ja`alnaa feehaa rawaasiya shaamikhaatinw wa asqainaakum maaa`an furaataa
Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga?
🎤 Rakaman anda:
77:28
🔁 0/5
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٢٨
Wailuny yawma `izil lilmukazzibeen
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)!
🎤 Rakaman anda:
77:29
🔁 0/5
ٱنطَلِقُوٓاْ إِلَىٰ مَا كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ ٢٩
Intaliqooo ilaa maa kuntum bihee tukazziboon
(Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): "Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya.
🎤 Rakaman anda:
77:30
🔁 0/5
ٱنطَلِقُوٓاْ إِلَىٰ ظِلٍّ ذِي ثَلَٰثِ شُعَبٍ ٣٠
Intaliqooo ilaa zillin zee salaasi shu`ab
"Pergilah kamu kepada naungan (asap neraka) yang bercabang tiga, -
🎤 Rakaman anda:
77:31
🔁 0/5
لَّا ظَلِيلٍ وَلَا يُغۡنِي مِنَ ٱللَّهَبِ ٣١
Laa zaleelinw wa laa yughnee minal lahab
"Yang tidak dapat dijadikan naungan, dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api neraka.
🎤 Rakaman anda:
77:32
🔁 0/5
إِنَّهَا تَرۡمِي بِشَرَرٍ كَٱلۡقَصۡرِ ٣٢
Innahaa tarmee bishararin kalqasr
"Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar,
🎤 Rakaman anda:
77:33
🔁 0/5
كَأَنَّهُۥ جِمَٰلَتٌ صُفۡرٌ ٣٣
Ka annahoo jimaalatun sufr
"(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning".
🎤 Rakaman anda:
77:34
🔁 0/5
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٣٤
Wailuny yawma `izil lilmukazibeen
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian).
🎤 Rakaman anda:
77:35
🔁 0/5
هَٰذَا يَوۡمُ لَا يَنطِقُونَ ٣٥
Haazaa yawmu laa uantiqoon
Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),
🎤 Rakaman anda:
77:36
🔁 0/5
وَلَا يُؤۡذَنُ لَهُمۡ فَيَعۡتَذِرُونَ ٣٦
Wa laa yu`zanu lahum fa ya`taziroon
Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.
🎤 Rakaman anda:
77:37
🔁 0/5
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٣٧
Wailunw yawma `izil lilmukazzibeen
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)!
🎤 Rakaman anda:
77:38
🔁 0/5
هَٰذَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِۖ جَمَعۡنَٰكُمۡ وَٱلۡأَوَّلِينَ ٣٨
Haaza yawmul fasli jama `naakum wal awwaleen
Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu).
🎤 Rakaman anda:
77:39
🔁 0/5
فَإِن كَانَ لَكُمۡ كَيۡدٌ فَكِيدُونِ ٣٩
Fa in kaana lakum kaidun fakeedoon
Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu.
🎤 Rakaman anda:
77:40
🔁 0/5
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٤٠
Wailuny yawma`izil lilmukazzibeen
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)!
🎤 Rakaman anda:
77:41
🔁 0/5
إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِي ظِلَٰلٍ وَعُيُونٍ ٤١
Innal muttaqeena fee zilaalinw wa `uyoon
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), -
🎤 Rakaman anda:
77:42
🔁 0/5
وَفَوَٰكِهَ مِمَّا يَشۡتَهُونَ ٤٢
Wa fawaakiha mimmaa yastahoon
Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini.
🎤 Rakaman anda:
77:43
🔁 0/5
كُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ هَنِيٓـَٔۢا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ٤٣
Kuloo washraboo haneee `am bimaa kuntum ta`maloon
(Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan."
🎤 Rakaman anda:
77:44
🔁 0/5
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ٤٤
Innaa kazaalika najzil muhsineen
Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
🎤 Rakaman anda:
77:45
🔁 0/5
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٤٥
Wailuny yawma `izil lilmuzkazzibeen
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)!
🎤 Rakaman anda:
77:46
🔁 0/5
كُلُواْ وَتَمَتَّعُواْ قَلِيلًا إِنَّكُم مُّجۡرِمُونَ ٤٦
Kuloo wa tamatta`oo qaleelan innakum mujrimoon
Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa.
🎤 Rakaman anda:
77:47
🔁 0/5
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٤٧
Wailunny yawma `izil lilmukazzibeen
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah), -
🎤 Rakaman anda:
77:48
🔁 0/5
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱرۡكَعُواْ لَا يَرۡكَعُونَ ٤٨
Wa izaa qeela lahumur ka`oo aa yarka`oon
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya.
🎤 Rakaman anda:
77:49
🔁 0/5
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٤٩
Wailunny yawma `izil lilmukazzibeen
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)!
🎤 Rakaman anda:
77:50
🔁 0/5
فَبِأَيِّ حَدِيثِۭ بَعۡدَهُۥ يُؤۡمِنُونَ ٥٠
Fabi ayyi hadeesim ba`dahoo yu`minoon
(Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?
🎤 Rakaman anda:
💡 Ketik perkataan tersembunyi untuk memaparkannya sementara — kemajuan anda disimpan secara automatik.
العربيةEnglishBahasa IndonesiaTürkçeРусскийفارسیFrançaisاردوবাংলাDeutschEspañol中文हिन्दीPortuguêsItalianoภาษาไทยPolskiNederlandsShqipKiswahiliO'zbekதமிழ்MelayuBosanskiSoomaaliAzərbaycanکوردی한국어日本語SvenskaDanskNorskپښتوമലയാളംසිංහලTamazightHausaአማርኛБългарскиТоҷикӣҚазақшаFilipinoسنڌيYorùbáFulfuldeТатарчаئۇيغۇرچەКыргызчаਪੰਜਾਬੀJawaతెలుగుမြန်မာગુજરાતીOromoमराठीTiếng ViệtMalagasyНохчийнWolofދިވެހިಕನ್ನಡУкраїнськаΕλληνικάქართულიខ្មែរدریQafar afMaranaoनेपाली
Al-Quran
Tuesday, August 18, 2026
Jangan lupakan kami dalam doa baik anda







