سورة الغاشية بالماليزية

  1. استمع للسورة
  2. سور أخرى
  3. ترجمة السورة
القرآن الكريم | ترجمة معاني القرآن | اللغة الماليزية | سورة الغاشية | Ghashiya - عدد آياتها 26 - رقم السورة في المصحف: 88 - معنى السورة بالإنجليزية: The Overwhelming Event.

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ(1)

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ(2)

Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ(3)

Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً(4)

Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ آنِيَةٍ(5)

Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ(6)

Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِي مِن جُوعٍ(7)

Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ(8)

(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ(9)

Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ(10)

(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَاغِيَةً(11)

Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ(12)

Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,

فِيهَا سُرُرٌ مَّرْفُوعَةٌ(13)

Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

وَأَكْوَابٌ مَّوْضُوعَةٌ(14)

Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ(15)

Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

وَزَرَابِيُّ مَبْثُوثَةٌ(16)

Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ(17)

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ(18)

Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ(19)

Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ(20)

Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنتَ مُذَكِّرٌ(21)

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ(22)

Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ(23)

Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -

فَيُعَذِّبُهُ اللَّهُ الْعَذَابَ الْأَكْبَرَ(24)

Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

إِنَّ إِلَيْنَا إِيَابَهُمْ(25)

Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم(26)

Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.


المزيد من السور باللغة الماليزية:

سورة البقرة آل عمران سورة النساء
سورة المائدة سورة يوسف سورة ابراهيم
سورة الحجر سورة الكهف سورة مريم
سورة السجدة سورة يس سورة الدخان
سورة النجم سورة الرحمن سورة الواقعة
سورة الحشر سورة الملك سورة الحاقة

تحميل سورة الغاشية بصوت أشهر القراء :

قم باختيار القارئ للاستماع و تحميل سورة الغاشية كاملة بجودة عالية
سورة الغاشية أحمد العجمي
أحمد العجمي
سورة الغاشية خالد الجليل
خالد الجليل
سورة الغاشية سعد الغامدي
سعد الغامدي
سورة الغاشية سعود الشريم
سعود الشريم
سورة الغاشية عبد الباسط عبد الصمد
عبد الباسط
سورة الغاشية عبد الله عواد الجهني
عبد الله الجهني
سورة الغاشية علي الحذيفي
علي الحذيفي
سورة الغاشية فارس عباد
فارس عباد
سورة الغاشية ماهر المعيقلي
ماهر المعيقلي
سورة الغاشية محمد جبريل
محمد جبريل
سورة الغاشية محمد صديق المنشاوي
المنشاوي
سورة الغاشية الحصري
الحصري
سورة الغاشية العفاسي
مشاري العفاسي
سورة الغاشية ناصر القطامي
ناصر القطامي
سورة الغاشية ياسر الدوسري
ياسر الدوسري



Saturday, May 4, 2024

لا تنسنا من دعوة صالحة بظهر الغيب