Surah Al-Ghashiyah with Malay

  1. Surah mp3
  2. More
  3. Malay
The Holy Quran | Quran translation | Language Malay | Surah Ghashiya | الغاشية - Ayat Count 26 - The number of the surah in moshaf: 88 - The meaning of the surah in English: The Overwhelming Event.

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ(1)

 Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ(2)

 Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ(3)

 Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً(4)

 Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ آنِيَةٍ(5)

 Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ(6)

 Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِي مِن جُوعٍ(7)

 Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ(8)

 (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ(9)

 Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ(10)

 (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَاغِيَةً(11)

 Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ(12)

 Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,

فِيهَا سُرُرٌ مَّرْفُوعَةٌ(13)

 Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

وَأَكْوَابٌ مَّوْضُوعَةٌ(14)

 Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ(15)

 Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

وَزَرَابِيُّ مَبْثُوثَةٌ(16)

 Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ(17)

 (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ(18)

 Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ(19)

 Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ(20)

 Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنتَ مُذَكِّرٌ(21)

 Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ(22)

 Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ(23)

 Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -

فَيُعَذِّبُهُ اللَّهُ الْعَذَابَ الْأَكْبَرَ(24)

 Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

إِنَّ إِلَيْنَا إِيَابَهُمْ(25)

 Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم(26)

 Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.


More surahs in Malay:


Al-Baqarah Al-'Imran An-Nisa'
Al-Ma'idah Yusuf Ibrahim
Al-Hijr Al-Kahf Maryam
Al-Hajj Al-Qasas Al-'Ankabut
As-Sajdah Ya Sin Ad-Dukhan
Al-Fath Al-Hujurat Qaf
An-Najm Ar-Rahman Al-Waqi'ah
Al-Hashr Al-Mulk Al-Haqqah
Al-Inshiqaq Al-A'la Al-Ghashiyah

Download surah Al-Ghashiyah with the voice of the most famous Quran reciters :

surah Al-Ghashiyah mp3 : choose the reciter to listen and download the chapter Al-Ghashiyah Complete with high quality
surah Al-Ghashiyah Ahmed El Agamy
Ahmed Al Ajmy
surah Al-Ghashiyah Bandar Balila
Bandar Balila
surah Al-Ghashiyah Khalid Al Jalil
Khalid Al Jalil
surah Al-Ghashiyah Saad Al Ghamdi
Saad Al Ghamdi
surah Al-Ghashiyah Saud Al Shuraim
Saud Al Shuraim
surah Al-Ghashiyah Abdul Basit Abdul Samad
Abdul Basit
surah Al-Ghashiyah Abdul Rashid Sufi
Abdul Rashid Sufi
surah Al-Ghashiyah Abdullah Basfar
Abdullah Basfar
surah Al-Ghashiyah Abdullah Awwad Al Juhani
Abdullah Al Juhani
surah Al-Ghashiyah Fares Abbad
Fares Abbad
surah Al-Ghashiyah Maher Al Muaiqly
Maher Al Muaiqly
surah Al-Ghashiyah Muhammad Siddiq Al Minshawi
Al Minshawi
surah Al-Ghashiyah Al Hosary
Al Hosary
surah Al-Ghashiyah Al-afasi
Mishari Al-afasi
surah Al-Ghashiyah Yasser Al Dosari
Yasser Al Dosari


Sunday, December 22, 2024

لا تنسنا من دعوة صالحة بظهر الغيب