🔥 0 hari berturut-turut
📖 Surah panjang — dibahagikan kepada bahagian lebih kecil (96 Ayat)
0/96
56:1
🔁 0/5
إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ ١
Izaa waqa`atil waaqi`ah
Apabila berlaku hari kiamat itu,
🎤 Rakaman anda:
56:2
🔁 0/5
لَيۡسَ لِوَقۡعَتِهَا كَاذِبَةٌ ٢
Laisa liwaq`atihaa kaazibah
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
🎤 Rakaman anda:
56:3
🔁 0/5
خَافِضَةٌ رَّافِعَةٌ ٣
Khafidatur raafi`ah
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
🎤 Rakaman anda:
56:4
🔁 0/5
إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجًّا ٤
Izaa rujjatil ardu rajjaa
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
🎤 Rakaman anda:
56:5
🔁 0/5
وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسًّا ٥
Wa bussatil jibaalu bassaa
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
🎤 Rakaman anda:
56:6
🔁 0/5
فَكَانَتۡ هَبَآءً مُّنۢبَثًّا ٦
Fakaanat habaaa`am mumbassaa
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
🎤 Rakaman anda:
56:7
🔁 0/5
وَكُنتُمۡ أَزۡوَٰجًا ثَلَٰثَةً ٧
Wa kuntum azwaajan salaasah
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
🎤 Rakaman anda:
56:8
🔁 0/5
فَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ ٨
Fa as haabul maimanati maaa as haabul maimanah
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
🎤 Rakaman anda:
56:9
🔁 0/5
وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ ٩
Wa as haabul mash`amati maaa as haabul mash`amah
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
🎤 Rakaman anda:
56:10
🔁 0/5
وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلسَّٰبِقُونَ ١٠
Wassaabiqoonas saabiqoon
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
🎤 Rakaman anda:
56:11
🔁 0/5
أُوْلَٰٓئِكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ ١١
Ulaaa`ikal muqarraboon
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
🎤 Rakaman anda:
56:12
🔁 0/5
فِي جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ ١٢
Fee Jannaatin Na`eem
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
🎤 Rakaman anda:
56:13
🔁 0/5
ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٣
Sullatum minal awwaleen
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
🎤 Rakaman anda:
56:14
🔁 0/5
وَقَلِيلٌ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ ١٤
Wa qaleelum minal aa khireen
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
🎤 Rakaman anda:
56:15
🔁 0/5
عَلَىٰ سُرُرٍ مَّوۡضُونَةٍ ١٥
Alaa sururim mawdoonah
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
🎤 Rakaman anda:
56:16
🔁 0/5
مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡهَا مُتَقَٰبِلِينَ ١٦
Muttaki`eena `alaihaa mutaqabileen
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
🎤 Rakaman anda:
56:17
🔁 0/5
يَطُوفُ عَلَيۡهِمۡ وِلۡدَٰنٌ مُّخَلَّدُونَ ١٧
Yatoofu `alaihim wildaa num mukkhalladoon
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
🎤 Rakaman anda:
56:18
🔁 0/5
بِأَكۡوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٍ مِّن مَّعِينٍ ١٨
Bi akwaabinw wa abaareeq, wa kaasim mim ma`een
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
🎤 Rakaman anda:
56:19
🔁 0/5
لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡهَا وَلَا يُنزِفُونَ ١٩
Laa yusadda`oona `anhaa wa laa yunzifoon
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
🎤 Rakaman anda:
56:20
🔁 0/5
وَفَٰكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ ٢٠
Wa faakihatim mimmaa yatakhaiyaroon
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
🎤 Rakaman anda:
56:21
🔁 0/5
وَلَحۡمِ طَيۡرٍ مِّمَّا يَشۡتَهُونَ ٢١
Wa lahmi tairim mimmaa yashtahoon
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
🎤 Rakaman anda:
56:22
🔁 0/5
وَحُورٌ عِينٌ ٢٢
Wa hoorun`een
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
🎤 Rakaman anda:
56:23
🔁 0/5
كَأَمۡثَٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ ٢٣
Ka amsaalil lu`lu`il maknoon
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
🎤 Rakaman anda:
56:24
🔁 0/5
جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ٢٤
Jazaaa`am bimaa kaanoo ya`maloon
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
🎤 Rakaman anda:
56:25
🔁 0/5
لَا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوًا وَلَا تَأۡثِيمًا ٢٥
Laa yasma`oona feehaa laghwanw wa laa taaseemaa
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
🎤 Rakaman anda:
56:26
🔁 0/5
إِلَّا قِيلًا سَلَٰمًا سَلَٰمًا ٢٦
Illaa qeelan salaaman salaamaa
Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
🎤 Rakaman anda:
56:27
🔁 0/5
وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ ٢٧
Wa as haabul yameeni maaa as haabul Yameen
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
🎤 Rakaman anda:
56:28
🔁 0/5
فِي سِدۡرٍ مَّخۡضُودٍ ٢٨
Fee sidrim makhdood
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
🎤 Rakaman anda:
56:29
🔁 0/5
وَطَلۡحٍ مَّنضُودٍ ٢٩
Wa talhim mandood
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
🎤 Rakaman anda:
56:30
🔁 0/5
وَظِلٍّ مَّمۡدُودٍ ٣٠
Wa zillim mamdood
Dan naungan yang tetap terbentang,
🎤 Rakaman anda:
56:31
🔁 0/5
وَمَآءٍ مَّسۡكُوبٍ ٣١
Wa maaa`im maskoob
Dan air yang sentiasa mengalir,
🎤 Rakaman anda:
56:32
🔁 0/5
وَفَٰكِهَةٍ كَثِيرَةٍ ٣٢
Wa faakihatin kaseerah
Serta buah-buahan yang banyak,
🎤 Rakaman anda:
56:33
🔁 0/5
لَّا مَقۡطُوعَةٍ وَلَا مَمۡنُوعَةٍ ٣٣
Laa maqtoo`atinw wa laa mamnoo`ah
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
🎤 Rakaman anda:
56:34
🔁 0/5
وَفُرُشٍ مَّرۡفُوعَةٍ ٣٤
Wa furushim marfoo`ah
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
🎤 Rakaman anda:
56:35
🔁 0/5
إِنَّآ أَنشَأۡنَٰهُنَّ إِنشَآءً ٣٥
Innaaa anshaanaahunna inshaaa`aa
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
🎤 Rakaman anda:
56:36
🔁 0/5
فَجَعَلۡنَٰهُنَّ أَبۡكَارًا ٣٦
Faja`alnaahunna abkaaraa
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
🎤 Rakaman anda:
56:37
🔁 0/5
عُرُبًا أَتۡرَابًا ٣٧
Uruban atraabaa
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
🎤 Rakaman anda:
56:38
🔁 0/5
لِّأَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ ٣٨
Li as haabil yameen
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
🎤 Rakaman anda:
56:39
🔁 0/5
ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ ٣٩
Sullatum minal awwa leen
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
🎤 Rakaman anda:
56:40
🔁 0/5
وَثُلَّةٌ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ ٤٠
Wa sullatum minal aakhireen
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
🎤 Rakaman anda:
56:41
🔁 0/5
وَأَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ ٤١
Wa as haabush shimaali maaa as haabush shimaal
Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
🎤 Rakaman anda:
56:42
🔁 0/5
فِي سَمُومٍ وَحَمِيمٍ ٤٢
Fee samoominw wa hameem
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
🎤 Rakaman anda:
56:43
🔁 0/5
وَظِلٍّ مِّن يَحۡمُومٍ ٤٣
Wa zillim miny yahmoom
Serta naungan dari asap hitam,
🎤 Rakaman anda:
56:44
🔁 0/5
لَّا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ ٤٤
Laa baaridinw wa laa kareem
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
🎤 Rakaman anda:
56:45
🔁 0/5
إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٰلِكَ مُتۡرَفِينَ ٤٥
Innaahum kaanoo qabla zaalika mutrafeen
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
🎤 Rakaman anda:
56:46
🔁 0/5
وَكَانُواْ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلۡحِنثِ ٱلۡعَظِيمِ ٤٦
Wa kaanoo yusirroona `alal hinsil `azeem
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
🎤 Rakaman anda:
56:47
🔁 0/5
وَكَانُواْ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ ٤٧
Wa kaanoo yaqooloona a`izaa mitnaa wa kunnaa turaabanw wa izaaman`ainnaa lamab`oosoon
Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
🎤 Rakaman anda:
56:48
🔁 0/5
أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ ٤٨
Awa aabaaa`unal awwaloon
"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
🎤 Rakaman anda:
56:49
🔁 0/5
قُلۡ إِنَّ ٱلۡأَوَّلِينَ وَٱلۡأٓخِرِينَ ٤٩
Qul innal awwaleena wal aakhireen
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
🎤 Rakaman anda:
56:50
🔁 0/5
لَمَجۡمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَٰتِ يَوۡمٍ مَّعۡلُومٍ ٥٠
Lamajmoo`oona ilaa meeqaati yawmim ma`loon
"Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
🎤 Rakaman anda:
56:51
🔁 0/5
ثُمَّ إِنَّكُمۡ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلۡمُكَذِّبُونَ ٥١
summa innakum ayyuhad daaalloonal mukazziboon
"Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
🎤 Rakaman anda:
56:52
🔁 0/5
لَأٓكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ ٥٢
La aakiloona min shaja rim min zaqqoom
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
🎤 Rakaman anda:
56:53
🔁 0/5
فَمَالِـُٔونَ مِنۡهَا ٱلۡبُطُونَ ٥٣
Famaali`oona minhal butoon
"Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
🎤 Rakaman anda:
56:54
🔁 0/5
فَشَٰرِبُونَ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡحَمِيمِ ٥٤
Fashaariboona `alaihi minal hameem
"Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
🎤 Rakaman anda:
56:55
🔁 0/5
فَشَٰرِبُونَ شُرۡبَ ٱلۡهِيمِ ٥٥
Fashaariboona shurbal heem
"Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
🎤 Rakaman anda:
56:56
🔁 0/5
هَٰذَا نُزُلُهُمۡ يَوۡمَ ٱلدِّينِ ٥٦
Haazaa nuzuluhum yawmad deen
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
🎤 Rakaman anda:
56:57
🔁 0/5
نَحۡنُ خَلَقۡنَٰكُمۡ فَلَوۡلَا تُصَدِّقُونَ ٥٧
Nahnu khalaqnaakum falaw laa tusaddiqoon
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
🎤 Rakaman anda:
56:58
🔁 0/5
أَفَرَءَيۡتُم مَّا تُمۡنُونَ ٥٨
Afara`aytum maa tumnoon
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
🎤 Rakaman anda:
56:59
🔁 0/5
ءَأَنتُمۡ تَخۡلُقُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡخَٰلِقُونَ ٥٩
A-antum takhluqoo nahooo am nahnul khaaliqoon
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
🎤 Rakaman anda:
56:60
🔁 0/5
نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَيۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ ٦٠
Nahnu qaddarnaa baina kumul mawta wa maa nahnu bimasbooqeen
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
🎤 Rakaman anda:
56:61
🔁 0/5
عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمۡثَٰلَكُمۡ وَنُنشِئَكُمۡ فِي مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٦١
Alaaa an nubaddila amsaalakum wa nunshi`akum fee maa laa ta`lamoon
(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
🎤 Rakaman anda:
56:62
🔁 0/5
وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ ٦٢
Wa laqad `alimtumun nash atal oolaa falaw laa tazakkaroon
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
🎤 Rakaman anda:
56:63
🔁 0/5
أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ ٦٣
Afara`aytum maa tahrusoon
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
🎤 Rakaman anda:
56:64
🔁 0/5
ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزَّٰرِعُونَ ٦٤
A-antum tazra`oonahooo am nahnuz zaari`ooon
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
🎤 Rakaman anda:
56:65
🔁 0/5
لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَٰهُ حُطَٰمًا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ ٦٥
Law nashaaa`u laja`al naahu hutaaman fazaltum tafakkahoon
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
🎤 Rakaman anda:
56:66
🔁 0/5
إِنَّا لَمُغۡرَمُونَ ٦٦
Innaa lamughramoon
(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
🎤 Rakaman anda:
56:67
🔁 0/5
بَلۡ نَحۡنُ مَحۡرُومُونَ ٦٧
Bal nahnu mahroomoon
"Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "
🎤 Rakaman anda:
56:68
🔁 0/5
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلۡمَآءَ ٱلَّذِي تَشۡرَبُونَ ٦٨
Afara`aytumul maaa`allazee tashraboon
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
🎤 Rakaman anda:
56:69
🔁 0/5
ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ ٦٩
A-antum anzaltumoohu minal muzni am nahnul munziloon
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
🎤 Rakaman anda:
56:70
🔁 0/5
لَوۡ نَشَآءُ جَعَلۡنَٰهُ أُجَاجًا فَلَوۡلَا تَشۡكُرُونَ ٧٠
Law nashaaa`u ja`alnaahu ujaajan falaw laa tashkuroon
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
🎤 Rakaman anda:
56:71
🔁 0/5
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي تُورُونَ ٧١
Afara`aytumun naaral latee tooroon
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
🎤 Rakaman anda:
56:72
🔁 0/5
ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَهَآ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِـُٔونَ ٧٢
A-antum anshaatum shajaratahaaa am nahnul munshi`oon
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
🎤 Rakaman anda:
56:73
🔁 0/5
نَحۡنُ جَعَلۡنَٰهَا تَذۡكِرَةً وَمَتَٰعًا لِّلۡمُقۡوِينَ ٧٣
Nahnu ja`alnaahaa tazkira tanw wa mataa`al lilmuqween
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
🎤 Rakaman anda:
56:74
🔁 0/5
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ٧٤
Fasabbih bismi Rabbikal `azeem
Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
🎤 Rakaman anda:
56:75
🔁 0/5
۞ فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ ٧٥
Falaa uqsimu bimaawaa qi`innujoom
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
🎤 Rakaman anda:
56:76
🔁 0/5
وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٌ لَّوۡ تَعۡلَمُونَ عَظِيمٌ ٧٦
Wa innahoo laqasamul lawta`lamoona`azeem
Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
🎤 Rakaman anda:
56:77
🔁 0/5
إِنَّهُۥ لَقُرۡءَانٌ كَرِيمٌ ٧٧
Innahoo la quraanun kareem
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
🎤 Rakaman anda:
56:78
🔁 0/5
فِي كِتَٰبٍ مَّكۡنُونٍ ٧٨
Fee kitaabim maknoon
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
🎤 Rakaman anda:
56:79
🔁 0/5
لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ ٧٩
Laa yamassuhooo illal mutahharoon
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
🎤 Rakaman anda:
56:80
🔁 0/5
تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٨٠
Tanzeelum mir Rabbil`aalameen
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
🎤 Rakaman anda:
56:81
🔁 0/5
أَفَبِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَنتُم مُّدۡهِنُونَ ٨١
Afabihaazal hadeesi antum mudhinoon
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
🎤 Rakaman anda:
56:82
🔁 0/5
وَتَجۡعَلُونَ رِزۡقَكُمۡ أَنَّكُمۡ تُكَذِّبُونَ ٨٢
Wa taj`aloona rizqakum annakum tukazziboon
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
🎤 Rakaman anda:
56:83
🔁 0/5
فَلَوۡلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلۡحُلۡقُومَ ٨٣
Falaw laaa izaa balaghatil hulqoom
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
🎤 Rakaman anda:
56:84
🔁 0/5
وَأَنتُمۡ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ ٨٤
Wa antum heena`izin tanzuroon
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
🎤 Rakaman anda:
56:85
🔁 0/5
وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنكُمۡ وَلَٰكِن لَّا تُبۡصِرُونَ ٨٥
Wa nahnu aqrabu ilaihi minkum wa laakil laa tubsiroon
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
🎤 Rakaman anda:
56:86
🔁 0/5
فَلَوۡلَآ إِن كُنتُمۡ غَيۡرَ مَدِينِينَ ٨٦
Falaw laaa in kuntum ghira madeeneen
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
🎤 Rakaman anda:
56:87
🔁 0/5
تَرۡجِعُونَهَآ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ٨٧
Tarji`oonahaaa in kuntum saadiqeen
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
🎤 Rakaman anda:
56:88
🔁 0/5
فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ ٨٨
Fa ammaaa in kaana minal muqarrabeen
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",
🎤 Rakaman anda:
56:89
🔁 0/5
فَرَوۡحٌ وَرَيۡحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ ٨٩
Farawhunw wa raihaa nunw wa jannatu na`eem
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
🎤 Rakaman anda:
56:90
🔁 0/5
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ ٩٠
Wa ammaaa in kaana min as haabil yameen
Dan jika ia dari puak kanan,
🎤 Rakaman anda:
56:91
🔁 0/5
فَسَلَٰمٌ لَّكَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ ٩١
Fasalaamul laka min as haabil yameen
Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".
🎤 Rakaman anda:
56:92
🔁 0/5
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ ٩٢
Wa ammaaa in kaana minal mukazzibeenad daaalleen
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
🎤 Rakaman anda:
56:93
🔁 0/5
فَنُزُلٌ مِّنۡ حَمِيمٍ ٩٣
Fanuzulum min hameem
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
🎤 Rakaman anda:
56:94
🔁 0/5
وَتَصۡلِيَةُ جَحِيمٍ ٩٤
Wa tasliyatu jaheem
Serta bakaran api neraka.
🎤 Rakaman anda:
56:95
🔁 0/5
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلۡيَقِينِ ٩٥
Inna haaza lahuwa haqqul yaqeen
Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
🎤 Rakaman anda:
56:96
🔁 0/5
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ٩٦
Fasabbih bismi rabbikal `azeem
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
🎤 Rakaman anda:
💡 Ketik perkataan tersembunyi untuk memaparkannya sementara — kemajuan anda disimpan secara automatik.
العربيةEnglishBahasa IndonesiaTürkçeРусскийفارسیFrançaisاردوবাংলাDeutschEspañol中文हिन्दीPortuguêsItalianoภาษาไทยPolskiNederlandsShqipKiswahiliO'zbekதமிழ்MelayuBosanskiSoomaaliAzərbaycanکوردی한국어日本語SvenskaDanskNorskپښتوമലയാളംසිංහලTamazightHausaአማርኛБългарскиТоҷикӣҚазақшаFilipinoسنڌيYorùbáFulfuldeТатарчаئۇيغۇرچەКыргызчаਪੰਜਾਬੀJawaతెలుగుမြန်မာગુજરાતીOromoमराठीTiếng ViệtMalagasyНохчийнWolofދިވެހިಕನ್ನಡУкраїнськаΕλληνικάქართულიខ្មែរدریQafar afMaranaoनेपाली
Al-Quran
Tuesday, August 18, 2026
Jangan lupakan kami dalam doa baik anda







