La sourate Ash-Sharh en Malais
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? |
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - |
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? |
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? |
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, |
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. |
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), |
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). |
Plus de sourates en Malais :
Téléchargez la sourate avec la voix des récitants du Coran les plus célèbres :
Téléchargez le fichier mp3 de la sourate Ash-Sharh : choisissez le récitateur pour écouter et télécharger la sourate Ash-Sharh complète en haute qualité.















Donnez-nous une invitation valide