La sourate Al-Muddaththir en Malais
Wahai orang yang berselimut! |
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). |
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! |
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. |
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. |
Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. |
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)! |
Kerana apabila telah ditiup sangkakala, |
Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar - |
Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya). |
(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak), |
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak, |
Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya. |
Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya. |
Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi; |
Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami). |
Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya. |
Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) - |
Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)? |
Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)? |
ثُمَّ نَظَرَ(21) Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal); |
Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut; |
Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh, |
Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya); |
"Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!" |
(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar. |
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? |
Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus) |
Ia terus-menerus membakar kulit manusia! |
Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat). |
Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. |
Sebenarnya! Demi bulan, |
Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri, |
Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang, |
Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar, |
Yang menjadi amaran bagi umat manusia, |
(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya). |
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya, |
Kecuali puak Kanan, |
(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya, |
Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah, |
(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" |
Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; |
"Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; |
"Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; |
"Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, |
"Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini". |
Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu. |
(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ? |
Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari, |
Melarikan diri (ketakutan) dari singa! |
بَلْ يُرِيدُ كُلُّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَىٰ صُحُفًا مُّنَشَّرَةً(52) (Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri). |
Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat. |
Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya); |
Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya. |
وَمَا يَذْكُرُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ ۚ هُوَ أَهْلُ التَّقْوَىٰ وَأَهْلُ الْمَغْفِرَةِ(56) Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat). |
Plus de sourates en Malais :
Téléchargez la sourate avec la voix des récitants du Coran les plus célèbres :
Téléchargez le fichier mp3 de la sourate Al-Muddaththir : choisissez le récitateur pour écouter et télécharger la sourate Al-Muddaththir complète en haute qualité.















Donnez-nous une invitation valide