7 Ayat · Makkiyah · Melayu
ﭑﭒﭓﭔﭕ
1:1 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ﭖﭗﭘﭙﭚ
1:2 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
ﭛﭜﭝ
1:3 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ﭞﭟﭠﭡ
1:4 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
ﭢﭣﭤﭥﭦ
1:5 Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
ﭧﭨﭩﭪ
1:6 Tunjukilah kami jalan yang lurus.
ﭫﭬﭭﭮﭯﭰﭱﭲﭳﭴ
1:7 Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Al-Quran


Tuesday, September 29, 2026

Jangan lupakan kami dalam doa baik anda