PDF —
9 Ayat Makkiyah PDF
Built right in your browser — download starts automatically

Surah Al-Humazah pdf — Muat Turun (Melayu)

Surah Al-Humazah pdf Melayu — Muat Turun Surah Al-Humazah Terjemahan. Surah Al-Humazah (Makkiyah) 9 Ayat.

← Al-'AsrSurah Al-Humazah Al-Fil →


9 Ayat · Makkiyah · Melayu
bismillah
ﭢﭣﭤﭥﭦ
104:1 Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
ﭧﭨﭩﭪﭫ
104:2 Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
ﭬﭭﭮﭯﭰ
104:3 Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
ﭱﭲﭳﭴﭵﭶ
104:4 Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
ﭷﭸﭹﭺﭻ
104:5 Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
ﭼﭽﭾﭿ
104:6 (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
ﮀﮁﮂﮃﮄ
104:7 Yang naik menjulang ke hati;
ﮅﮆﮇﮈ
104:8 Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
ﮉﮊﮋﮌ
104:9 (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Al-Quran


Wednesday, September 9, 2026

Jangan lupakan kami dalam doa baik anda