PDF —
56 Ayat Makkiyah PDF
Built right in your browser — download starts automatically

Surah Al-Muddaththir pdf — Muat Turun (Melayu)

Surah Al-Muddaththir pdf Melayu — Muat Turun Surah Al-Muddaththir Terjemahan. Surah Al-Muddaththir (Makkiyah) 56 Ayat.

← Al-MuzzammilSurah Al-Muddaththir Al-Qiyamah →


56 Ayat · Makkiyah · Melayu
bismillah
ﮪﮫﮬ
74:1 Wahai orang yang berselimut!
ﮭﮮﮯ
74:2 Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
ﮰﮱﯓ
74:3 Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
ﯔﯕﯖ
74:4 Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
ﯗﯘﯙ
74:5 Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
ﯚﯛﯜﯝ
74:6 Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
ﯞﯟﯠ
74:7 Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
ﯡﯢﯣﯤﯥ
74:8 Kerana apabila telah ditiup sangkakala,
ﯦﯧﯨﯩﯪ
74:9 Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -
ﯫﯬﯭﯮﯯ
74:10 Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).
ﯰﯱﯲﯳﯴ
74:11 (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
ﯵﯶﯷﯸﯹ
74:12 Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
ﯺﯻﯼ
74:13 Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
ﯽﯾﯿﰀ
74:14 Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
ﰁﰂﰃﰄﰅ
74:15 Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
ﰆﰇﰈﰉﰊﰋﰌ
74:16 Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
ﰍﰎﰏ
74:17 Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
ﰐﰑﰒﰓ
74:18 Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
ﭑﭒﭓﭔ
74:19 Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
ﭕﭖﭗﭘﭙ
74:20 Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
ﭚﭛﭜ
74:21 Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
ﭝﭞﭟﭠ
74:22 Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
ﭡﭢﭣﭤ
74:23 Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
ﭥﭦﭧﭨﭩﭪﭫ
74:24 Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
ﭬﭭﭮﭯﭰﭱ
74:25 "Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"
ﭲﭳﭴ
74:26 (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
ﭵﭶﭷﭸﭹ
74:27 Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?
ﭺﭻﭼﭽﭾ
74:28 Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)
ﭿﮀﮁ
74:29 Ia terus-menerus membakar kulit manusia!
ﮂﮃﮄﮅ
74:30 Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
ﮆﮇﮈﮉﮊﮋﮌﮍﮎﮏﮐﮑﮒﮓﮔﮕﮖﮗﮘﮙﮚﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣﮤﮥﮦﮧﮨﮩﮪﮫﮬﮭﮮﮯﮰﮱﯓﯔﯕﯖﯗﯘﯙﯚﯛﯜﯝﯞﯟﯠﯡﯢﯣﯤ
74:31 Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
ﯥﯦﯧ
74:32 Sebenarnya! Demi bulan,
ﯨﯩﯪﯫ
74:33 Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri,
ﯬﯭﯮﯯ
74:34 Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang,
ﯰﯱﯲﯳ
74:35 Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,
ﯴﯵﯶ
74:36 Yang menjadi amaran bagi umat manusia,
ﯷﯸﯹﯺﯻﯼﯽﯾ
74:37 (Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).
ﯿﰀﰁﰂﰃﰄ
74:38 Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
ﰅﰆﰇﰈ
74:39 Kecuali puak Kanan,
ﰉﰊﰋﰌ
74:40 (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
ﰍﰎﰏ
74:41 Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
ﰐﰑﰒﰓﰔ
74:42 (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
ﰕﰖﰗﰘﰙﰚ
74:43 Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
ﰛﰜﰝﰞﰟ
74:44 "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
ﰠﰡﰢﰣﰤ
74:45 "Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
ﰥﰦﰧﰨﰩ
74:46 "Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
ﰪﰫﰬﰭ
74:47 "Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
ﭑﭒﭓﭔﭕ
74:48 Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
ﭖﭗﭘﭙﭚﭛ
74:49 (Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?
ﭜﭝﭞﭟ
74:50 Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
ﭠﭡﭢﭣ
74:51 Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
ﭤﭥﭦﭧﭨﭩﭪﭫﭬﭭ
74:52 (Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
ﭮﭯﭰﭱﭲﭳﭴ
74:53 Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
ﭵﭶﭷﭸ
74:54 Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
ﭹﭺﭻﭼ
74:55 Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
ﭽﭾﭿﮀﮁﮂﮃﮄﮅﮆﮇﮈﮉ
74:56 Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).

Al-Quran


Wednesday, September 9, 2026

Jangan lupakan kami dalam doa baik anda