PDF —
40 Ayat Makkiyah PDF
Built right in your browser — download starts automatically

Surah Al-Qiyamah pdf — Muat Turun (Melayu)

Surah Al-Qiyamah pdf Melayu — Muat Turun Surah Al-Qiyamah Terjemahan. Surah Al-Qiyamah (Makkiyah) 40 Ayat.



40 Ayat · Makkiyah · Melayu
bismillah
ﮊﮋﮌﮍﮎ
75:1 Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
ﮏﮐﮑﮒﮓ
75:2 Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
ﮔﮕﮖﮗﮘﮙ
75:3 Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
ﮚﮛﮜﮝﮞﮟﮠ
75:4 Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
ﮡﮢﮣﮤﮥﮦ
75:5 (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
ﮧﮨﮩﮪﮫ
75:6 Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
ﮬﮭﮮﮯ
75:7 Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
ﮰﮱﯓ
75:8 Dan bulan hilang cahayanya,
ﯔﯕﯖﯗ
75:9 Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
ﯘﯙﯚﯛﯜﯝ
75:10 (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"
ﯞﯟﯠﯡ
75:11 Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
ﯢﯣﯤﯥﯦ
75:12 Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
ﯧﯨﯩﯪﯫﯬﯭ
75:13 Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
ﯮﯯﯰﯱﯲﯳ
75:14 Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
ﯴﯵﯶﯷ
75:15 Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
ﯸﯹﯺﯻﯼﯽﯾ
75:16 Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
ﯿﰀﰁﰂﰃ
75:17 Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
ﰄﰅﰆﰇﰈ
75:18 Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
ﰉﰊﰋﰌﰍ
75:19 Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
ﭑﭒﭓﭔﭕ
75:20 Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
ﭖﭗﭘ
75:21 Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
ﭙﭚﭛﭜ
75:22 Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
ﭝﭞﭟﭠ
75:23 Melihat kepada Tuhannya.
ﭡﭢﭣﭤ
75:24 Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
ﭥﭦﭧﭨﭩﭪ
75:25 Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
ﭫﭬﭭﭮﭯ
75:26 Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
ﭰﭱﭲﭳﭴ
75:27 Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
ﭵﭶﭷﭸ
75:28 Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
ﭹﭺﭻﭼ
75:29 Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
ﭽﭾﭿﮀﮁ
75:30 (Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).
ﮂﮃﮄﮅﮆ
75:31 (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
ﮇﮈﮉﮊ
75:32 Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
ﮋﮌﮍﮎﮏﮐ
75:33 Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
ﮑﮒﮓﮔ
75:34 (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
ﮕﮖﮗﮘﮙ
75:35 Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
ﮚﮛﮜﮝﮞﮟ
75:36 Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
ﮠﮡﮢﮣﮤﮥﮦ
75:37 Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
ﮧﮨﮩﮪﮫﮬ
75:38 Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
ﮭﮮﮯﮰﮱﯓ
75:39 Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
ﯔﯕﯖﯗﯘﯙﯚﯛ
75:40 Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

Al-Quran


Wednesday, September 9, 2026

Jangan lupakan kami dalam doa baik anda