PDF —
8 Ayat Makkiyah PDF
Built right in your browser — download starts automatically

Surah Ash-Sharh pdf — Muat Turun (Melayu)

Surah Ash-Sharh pdf Melayu — Muat Turun Surah Ash-Sharh Terjemahan. Surah Ash-Sharh (Makkiyah) 8 Ayat.

← Ad-DuhaSurah Ash-Sharh At-Tin →


8 Ayat · Makkiyah · Melayu
bismillah
ﯝﯞﯟﯠﯡ
94:1 Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
ﯢﯣﯤﯥ
94:2 Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
ﭑﭒﭓﭔ
94:3 Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
ﭕﭖﭗﭘ
94:4 Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
ﭙﭚﭛﭜﭝ
94:5 Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
ﭞﭟﭠﭡﭢ
94:6 (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
ﭣﭤﭥﭦ
94:7 Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
ﭧﭨﭩﭪ
94:8 Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Al-Quran


Wednesday, September 9, 2026

Jangan lupakan kami dalam doa baik anda