8 Ayat · Madaniyah · Melayu
bismillah
ﮅﮆﮇﮈﮉ
99:1 Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
ﮊﮋﮌﮍ
99:2 Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
ﮎﮏﮐﮑﮒ
99:3 Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
ﮓﮔﮕﮖ
99:4 Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
ﮗﮘﮙﮚﮛ
99:5 Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
ﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢ
99:6 Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
ﮣﮤﮥﮦﮧﮨﮩ
99:7 Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
ﮪﮫﮬﮭﮮﮯﮰ
99:8 Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Al-Quran


Tuesday, September 29, 2026

Jangan lupakan kami dalam doa baik anda