📖 0/604 halaman dibaca
📄 531
وَمَآ أَمۡرُنَآ إِلَّا وَٰحِدَةٌ كَلَمۡحِۭ بِٱلۡبَصَرِ  ۝٥٠ وَلَقَدۡ أَهۡلَكۡنَآ أَشۡيَاعَكُمۡ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٍ  ۝٥١ وَكُلُّ شَيۡءٍ فَعَلُوهُ فِي ٱلزُّبُرِ  ۝٥٢ وَكُلُّ صَغِيرٍ وَكَبِيرٍ مُّسۡتَطَرٌ  ۝٥٣ إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِي جَنَّٰتٍ وَنَهَرٍ  ۝٥٤ فِي مَقۡعَدِ صِدۡقٍ عِندَ مَلِيكٍ مُّقۡتَدِرِۭ  ۝٥٥
Surah Ar-Rahman
bismillah
ٱلرَّحۡمَٰنُ  ۝١ عَلَّمَ ٱلۡقُرۡءَانَ  ۝٢ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ  ۝٣ عَلَّمَهُ ٱلۡبَيَانَ  ۝٤ ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ بِحُسۡبَانٍ  ۝٥ وَٱلنَّجۡمُ وَٱلشَّجَرُ يَسۡجُدَانِ  ۝٦ وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلۡمِيزَانَ  ۝٧ أَلَّا تَطۡغَوۡاْ فِي ٱلۡمِيزَانِ  ۝٨ وَأَقِيمُواْ ٱلۡوَزۡنَ بِٱلۡقِسۡطِ وَلَا تُخۡسِرُواْ ٱلۡمِيزَانَ  ۝٩ وَٱلۡأَرۡضَ وَضَعَهَا لِلۡأَنَامِ  ۝١٠ فِيهَا فَٰكِهَةٌ وَٱلنَّخۡلُ ذَاتُ ٱلۡأَكۡمَامِ  ۝١١ وَٱلۡحَبُّ ذُو ٱلۡعَصۡفِ وَٱلرَّيۡحَانُ  ۝١٢ فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  ۝١٣ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِن صَلۡصَٰلٍ كَٱلۡفَخَّارِ  ۝١٤ وَخَلَقَ ٱلۡجَآنَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ  ۝١٥ فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  ۝١٦
54:50
وَمَآ أَمۡرُنَآ إِلَّا وَٰحِدَةٌ كَلَمۡحِۭ بِٱلۡبَصَرِ  ۝٥٠
Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.
54:51
وَلَقَدۡ أَهۡلَكۡنَآ أَشۡيَاعَكُمۡ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٍ  ۝٥١
Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?
54:52
وَكُلُّ شَيۡءٍ فَعَلُوهُ فِي ٱلزُّبُرِ  ۝٥٢
Dan tiap-tiap perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal;
54:53
وَكُلُّ صَغِيرٍ وَكَبِيرٍ مُّسۡتَطَرٌ  ۝٥٣
Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatit.
54:54
إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِي جَنَّٰتٍ وَنَهَرٍ  ۝٥٤
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
54:55
فِي مَقۡعَدِ صِدۡقٍ عِندَ مَلِيكٍ مُّقۡتَدِرِۭ  ۝٥٥
Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.
Surah Ar-Rahman
bismillah
55:1
ٱلرَّحۡمَٰنُ  ۝١
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
55:2
عَلَّمَ ٱلۡقُرۡءَانَ  ۝٢
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
55:3
خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ  ۝٣
Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
55:4
عَلَّمَهُ ٱلۡبَيَانَ  ۝٤
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
55:5
ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ بِحُسۡبَانٍ  ۝٥
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
55:6
وَٱلنَّجۡمُ وَٱلشَّجَرُ يَسۡجُدَانِ  ۝٦
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
55:7
وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلۡمِيزَانَ  ۝٧
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
55:8
أَلَّا تَطۡغَوۡاْ فِي ٱلۡمِيزَانِ  ۝٨
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
55:9
وَأَقِيمُواْ ٱلۡوَزۡنَ بِٱلۡقِسۡطِ وَلَا تُخۡسِرُواْ ٱلۡمِيزَانَ  ۝٩
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
55:10
وَٱلۡأَرۡضَ وَضَعَهَا لِلۡأَنَامِ  ۝١٠
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
55:11
فِيهَا فَٰكِهَةٌ وَٱلنَّخۡلُ ذَاتُ ٱلۡأَكۡمَامِ  ۝١١
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
55:12
وَٱلۡحَبُّ ذُو ٱلۡعَصۡفِ وَٱلرَّيۡحَانُ  ۝١٢
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
55:13
فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  ۝١٣
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
55:14
خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِن صَلۡصَٰلٍ كَٱلۡفَخَّارِ  ۝١٤
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
55:15
وَخَلَقَ ٱلۡجَآنَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ  ۝١٥
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
55:16
فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  ۝١٦
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


📚Juz 27 📄531 / 604



Mishary Rashid Alafasy
Mahmoud Khalil Al-Husary
Abdurrahman As-Sudais
Mohamed Siddiq Al-Minshawi
Abdul Basit Abdul Samad
Ali Al-Hudhaify
Ahmed ibn Ali al-Ajamy
Abu Bakr Ash-Shaatree
Muhammad Ayyoub
Abdullah Basfar
Abdullah Al-Juhani
Maher Al Muaiqly
0:00
0:00
-

Al-Quran


Sunday, August 30, 2026

Jangan lupakan kami dalam doa baik anda