PDF —
40 Ayat Makkiyah PDF
Built right in your browser — download starts automatically

Surah An-Naba pdf — Muat Turun (Melayu)

Surah An-Naba pdf Melayu — Muat Turun Surah An-Naba Terjemahan. Surah An-Naba (Makkiyah) 40 Ayat.



40 Ayat · Makkiyah · Melayu
bismillah
ﭑﭒﭓ
78:1 Tentang apakah mereka bertanya-tanya?
ﭔﭕﭖﭗ
78:2 Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).
ﭘﭙﭚﭛﭜ
78:3 Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.
ﭝﭞﭟ
78:4 Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).
ﭠﭡﭢﭣ
78:5 Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).
ﭤﭥﭦﭧﭨ
78:6 (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
ﭩﭪﭫ
78:7 Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?
ﭬﭭﭮ
78:8 Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?
ﭯﭰﭱﭲ
78:9 Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
ﭳﭴﭵﭶ
78:10 Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
ﭷﭸﭹﭺ
78:11 Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?
ﭻﭼﭽﭾﭿ
78:12 Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?
ﮀﮁﮂﮃ
78:13 Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?
ﮄﮅﮆﮇﮈﮉ
78:14 Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -
ﮊﮋﮌﮍﮎ
78:15 Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -
ﮏﮐﮑ
78:16 Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?
ﮒﮓﮔﮕﮖﮗ
78:17 Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,
ﮘﮙﮚﮛﮜﮝﮞ
78:18 Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);
ﮟﮠﮡﮢﮣ
78:19 Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,
ﮤﮥﮦﮧﮨ
78:20 Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.
ﮩﮪﮫﮬﮭ
78:21 Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -
ﮮﮯﮰ
78:22 Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.
ﮱﯓﯔﯕ
78:23 Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.
ﯖﯗﯘﯙﯚﯛﯜ
78:24 Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -
ﯝﯞﯟﯠ
78:25 Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -
ﯡﯢﯣ
78:26 Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).
ﯤﯥﯦﯧﯨﯩ
78:27 Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,
ﯪﯫﯬﯭ
78:28 Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;
ﯮﯯﯰﯱﯲ
78:29 Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.
ﯳﯴﯵﯶﯷﯸ
78:30 (Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".
ﭑﭒﭓﭔ
78:31 Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.
ﭕﭖﭗ
78:32 (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;
ﭘﭙﭚ
78:33 Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;
ﭛﭜﭝ
78:34 Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;
ﭞﭟﭠﭡﭢﭣﭤ
78:35 Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;
ﭥﭦﭧﭨﭩﭪ
78:36 Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),
ﭫﭬﭭﭮﭯﭰﭱﭲﭳﭴﭵﭶ
78:37 Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);
ﭷﭸﭹﭺﭻﭼﭽﭾﭿﮀﮁﮂﮃﮄﮅﮆ
78:38 (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.
ﮇﮈﮉﮊﮋﮌﮍﮎﮏﮐﮑ
78:39 Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!
ﮒﮓﮔﮕﮖﮗﮘﮙﮚﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡ
78:40 Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".

Al-Quran


Wednesday, September 9, 2026

Jangan lupakan kami dalam doa baik anda