PDF —
20 Ayat Makkiyah PDF
Built right in your browser — download starts automatically

Surah Al-Balad pdf — Muat Turun (Melayu)

Surah Al-Balad pdf Melayu — Muat Turun Surah Al-Balad Terjemahan. Surah Al-Balad (Makkiyah) 20 Ayat.

← Al-FajrSurah Al-Balad Ash-Shams →


20 Ayat · Makkiyah · Melayu
bismillah
ﭽﭾﭿﮀﮁ
90:1 Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;
ﮂﮃﮄﮅﮆ
90:2 Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
ﮇﮈﮉﮊ
90:3 Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;
ﮋﮌﮍﮎﮏﮐ
90:4 Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
ﮑﮒﮓﮔﮕﮖﮗ
90:5 Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?
ﮘﮙﮚﮛﮜ
90:6 Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).
ﮝﮞﮟﮠﮡﮢ
90:7 Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?
ﮣﮤﮥﮦﮧ
90:8 (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -
ﮨﮩﮪ
90:9 Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?
ﮫﮬﮭ
90:10 Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
ﮮﮯﮰﮱ
90:11 Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
ﯓﯔﯕﯖﯗ
90:12 Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
ﯘﯙﯚ
90:13 (Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;
ﯛﯜﯝﯞﯟﯠﯡ
90:14 Atau memberi makan pada hari kelaparan -
ﯢﯣﯤﯥ
90:15 Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
ﯦﯧﯨﯩﯪ
90:16 Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.
ﯫﯬﯭﯮﯯﯰﯱﯲﯳﯴ
90:17 Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
ﯵﯶﯷﯸ
90:18 (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
ﭑﭒﭓﭔﭕﭖﭗ
90:19 Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -
ﭘﭙﭚﭛ
90:20 Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).

Al-Quran


Wednesday, September 9, 2026

Jangan lupakan kami dalam doa baik anda