📖 0/604 halaman dibaca
📄 587
Surah Al-Infitar
bismillah
إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتۡ  ۝١ وَإِذَا ٱلۡكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتۡ  ۝٢ وَإِذَا ٱلۡبِحَارُ فُجِّرَتۡ  ۝٣ وَإِذَا ٱلۡقُبُورُ بُعۡثِرَتۡ  ۝٤ عَلِمَتۡ نَفۡسٌ مَّا قَدَّمَتۡ وَأَخَّرَتۡ  ۝٥ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلۡكَرِيمِ  ۝٦ ٱلَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّىٰكَ فَعَدَلَكَ  ۝٧ فِيٓ أَيِّ صُورَةٍ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ  ۝٨ كـَلَّا بَلۡ تُكَذِّبُونَ بِٱلدِّينِ  ۝٩ وَإِنَّ عَلَيۡكُمۡ لَحَٰفِظِينَ  ۝١٠ كِرَامًا كَٰتِبِينَ  ۝١١ يَعۡلَمُونَ مَا تَفۡعَلُونَ  ۝١٢ إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ لَفِي نَعِيمٍ  ۝١٣ وَإِنَّ ٱلۡفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ  ۝١٤ يَصۡلَوۡنَهَا يَوۡمَ ٱلدِّينِ  ۝١٥ وَمَا هُمۡ عَنۡهَا بِغَآئِبِينَ  ۝١٦ وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ  ۝١٧ ثُمَّ مَآ أَدۡرَىٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ  ۝١٨ يَوۡمَ لَا تَمۡلِكُ نَفۡسٌ لِّنَفۡسٍ شَيۡـًٔاۖ وَٱلۡأَمۡرُ يَوۡمَئِذٍ لِّلَّهِ  ۝١٩
Surah Al-Mutaffifin
bismillah
وَيۡلٌ لِّلۡمُطَفِّفِينَ  ۝١ ٱلَّذِينَ إِذَا ٱكۡتَالُواْ عَلَى ٱلنَّاسِ يَسۡتَوۡفُونَ  ۝٢ وَإِذَا كَالُوهُمۡ أَو وَّزَنُوهُمۡ يُخۡسِرُونَ  ۝٣ أَلَا يَظُنُّ أُوْلَٰٓئِكَ أَنَّهُم مَّبۡعُوثُونَ  ۝٤ لِيَوۡمٍ عَظِيمٍ  ۝٥ يَوۡمَ يَقُومُ ٱلنَّاسُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ  ۝٦
Surah Al-Infitar
bismillah
82:1
إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتۡ  ۝١
Apabila langit terbelah;
82:2
وَإِذَا ٱلۡكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتۡ  ۝٢
Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
82:3
وَإِذَا ٱلۡبِحَارُ فُجِّرَتۡ  ۝٣
Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
82:4
وَإِذَا ٱلۡقُبُورُ بُعۡثِرَتۡ  ۝٤
Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
82:5
عَلِمَتۡ نَفۡسٌ مَّا قَدَّمَتۡ وَأَخَّرَتۡ  ۝٥
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
82:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلۡكَرِيمِ  ۝٦
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
82:7
ٱلَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّىٰكَ فَعَدَلَكَ  ۝٧
Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
82:8
فِيٓ أَيِّ صُورَةٍ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ  ۝٨
Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
82:9
كـَلَّا بَلۡ تُكَذِّبُونَ بِٱلدِّينِ  ۝٩
Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
82:10
وَإِنَّ عَلَيۡكُمۡ لَحَٰفِظِينَ  ۝١٠
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
82:11
كِرَامًا كَٰتِبِينَ  ۝١١
(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
82:12
يَعۡلَمُونَ مَا تَفۡعَلُونَ  ۝١٢
Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
82:13
إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ لَفِي نَعِيمٍ  ۝١٣
(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
82:14
وَإِنَّ ٱلۡفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ  ۝١٤
Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
82:15
يَصۡلَوۡنَهَا يَوۡمَ ٱلدِّينِ  ۝١٥
Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
82:16
وَمَا هُمۡ عَنۡهَا بِغَآئِبِينَ  ۝١٦
Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
82:17
وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ  ۝١٧
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
82:18
ثُمَّ مَآ أَدۡرَىٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ  ۝١٨
Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
82:19
يَوۡمَ لَا تَمۡلِكُ نَفۡسٌ لِّنَفۡسٍ شَيۡـًٔاۖ وَٱلۡأَمۡرُ يَوۡمَئِذٍ لِّلَّهِ  ۝١٩
(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.
Surah Al-Mutaffifin
bismillah
83:1
وَيۡلٌ لِّلۡمُطَفِّفِينَ  ۝١
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
83:2
ٱلَّذِينَ إِذَا ٱكۡتَالُواْ عَلَى ٱلنَّاسِ يَسۡتَوۡفُونَ  ۝٢
Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
83:3
وَإِذَا كَالُوهُمۡ أَو وَّزَنُوهُمۡ يُخۡسِرُونَ  ۝٣
Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
83:4
أَلَا يَظُنُّ أُوْلَٰٓئِكَ أَنَّهُم مَّبۡعُوثُونَ  ۝٤
Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?
83:5
لِيَوۡمٍ عَظِيمٍ  ۝٥
Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),
83:6
يَوۡمَ يَقُومُ ٱلنَّاسُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ  ۝٦
Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?


📚Juz 30 📄587 / 604



Mishary Rashid Alafasy
Mahmoud Khalil Al-Husary
Abdurrahman As-Sudais
Mohamed Siddiq Al-Minshawi
Abdul Basit Abdul Samad
Ali Al-Hudhaify
Ahmed ibn Ali al-Ajamy
Abu Bakr Ash-Shaatree
Muhammad Ayyoub
Abdullah Basfar
Abdullah Al-Juhani
Maher Al Muaiqly
0:00
0:00
-

Al-Quran


Tuesday, September 1, 2026

Jangan lupakan kami dalam doa baik anda