PDF —
227 Ayat Makkiyah PDF
Built right in your browser — download starts automatically

Surah Asy-Syu'ara pdf — Muat Turun (Melayu)

Surah Asy-Syu'ara pdf Melayu — Muat Turun Surah Asy-Syu'ara Terjemahan. Surah Asy-Syu'ara (Makkiyah) 227 Ayat.

← Al-FurqanSurah Asy-Syu'ara An-Naml →


227 Ayat · Makkiyah · Melayu
bismillah
ﭑﭒ
26:1 Taa, Siin, Miim.
ﭓﭔﭕﭖﭗ
26:2 Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.
ﭘﭙﭚﭛﭜﭝﭞ
26:3 Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.
ﭟﭠﭡﭢﭣﭤﭥﭦﭧﭨﭩﭪ
26:4 Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.
ﭫﭬﭭﭮﭯﭰﭱﭲﭳﭴﭵﭶ
26:5 Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.
ﭷﭸﭹﭺﭻﭼﭽﭾﭿ
26:6 Oleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.
ﮀﮁﮂﮃﮄﮅﮆﮇﮈﮉﮊﮋ
26:7 Masihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?
ﮌﮍﮎﮏﮐﮑﮒﮓﮔﮕ
26:8 Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman.
ﮖﮗﮘﮙﮚﮛ
26:9 Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣﮤ
26:10 Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, -
ﮥﮦﮧﮨﮩﮪ
26:11 "Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?"
ﮫﮬﮭﮮﮯﮰﮱ
26:12 Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.
ﯓﯔﯕﯖﯗﯘﯙﯚﯛ
26:13 "Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya ia membantuku).
ﯜﯝﯞﯟﯠﯡﯢ
26:14 "Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku".
ﯣﯤﯥﯦﯧﯨﯩﯪﯫﯬ
26:15 Allah berfirman: "Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.
ﯭﯮﯯﯰﯱﯲﯳﯴ
26:16 "Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.
ﯵﯶﯷﯸﯹﯺ
26:17 "Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami".
ﯻﯼﯽﯾﯿﰀﰁﰂﰃﰄﰅ
26:18 Firaun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?
ﰆﰇﰈﰉﰊﰋﰌﰍ
26:19 "Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?"
ﭑﭒﭓﭔﭕﭖﭗ
26:20 Nabi Musa berkata: "Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk.
ﭘﭙﭚﭛﭜﭝﭞﭟﭠﭡﭢﭣ
26:21 "Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang RasulNya.
ﭤﭥﭦﭧﭨﭩﭪﭫﭬ
26:22 "Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.
ﭭﭮﭯﭰﭱﭲ
26:23 Firaun berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?"
ﭳﭴﭵﭶﭷﭸﭹﭺﭻﭼﭽ
26:24 Nabi Musa menjawab. "Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya".
ﭾﭿﮀﮁﮂﮃ
26:25 Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?"
ﮄﮅﮆﮇﮈﮉ
26:26 Nabi Musa menegaskan lagi: "Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu."
ﮊﮋﮌﮍﮎﮏﮐﮑ
26:27 Firaun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?"
ﮒﮓﮔﮕﮖﮗﮘﮙﮚﮛﮜ
26:28 Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: "Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya!"
ﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣﮤﮥ
26:29 Firaun berkata: "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan".
ﮦﮧﮨﮩﮪﮫ
26:30 Nabi Musa menjawab: "Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?"
ﮬﮭﮮﮯﮰﮱﯓﯔ
26:31 Firaun berkata: "Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
ﯕﯖﯗﯘﯙﯚﯛ
26:32 Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
ﯜﯝﯞﯟﯠﯡﯢ
26:33 Dan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.
ﯣﯤﯥﯦﯧﯨﯩﯪ
26:34 Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.
ﯫﯬﯭﯮﯯﯰﯱﯲﯳ
26:35 "Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?"
ﯴﯵﯶﯷﯸﯹﯺﯻ
26:36 Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir),
ﯼﯽﯾﯿﰀ
26:37 "Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir".
ﰁﰂﰃﰄﰅﰆ
26:38 Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum.
ﰇﰈﰉﰊﰋﰌ
26:39 Dan dikatakan kepada orang ramai: "Berkumpulah kamu semuanya;.
ﭑﭒﭓﭔﭕﭖﭗﭘ
26:40 "Semoga kita (tetap) mengikut (ugama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang".
ﭙﭚﭛﭜﭝﭞﭟﭠﭡﭢﭣﭤﭥ
26:41 Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: "Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?"
ﭦﭧﭨﭩﭪﭫﭬ
26:42 Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku".
ﭭﭮﭯﭰﭱﭲﭳﭴ
26:43 Nabi Musa berkata kepada mereka: "Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan".
ﭵﭶﭷﭸﭹﭺﭻﭼﭽﭾ
26:44 Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: "Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang".
ﭿﮀﮁﮂﮃﮄﮅﮆﮇ
26:45 Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
ﮈﮉﮊﮋ
26:46 Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud,
ﮌﮍﮎﮏﮐ
26:47 Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,
ﮑﮒﮓﮔ
26:48 "Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun".
ﮕﮖﮗﮘﮙﮚﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣﮤﮥﮦﮧﮨﮩﮪﮫﮬ
26:49 Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya".
ﮭﮮﮯﮰﮱﯓﯔﯕﯖ
26:50 Mereka menjawab: "(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.
ﯗﯘﯙﯚﯛﯜﯝﯞﯟﯠﯡﯢ
26:51 "Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)".
ﯣﯤﯥﯦﯧﯨﯩﯪﯫﯬ
26:52 (Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)".
ﯭﯮﯯﯰﯱﯲ
26:53 (Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya),
ﯳﯴﯵﯶﯷ
26:54 (Sambil berkata kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil,
ﯸﯹﯺﯻ
26:55 "Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah;.
ﯼﯽﯾﯿ
26:56 "Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga".
ﰀﰁﰂﰃﰄ
26:57 Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair,
ﰅﰆﰇﰈ
26:58 Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.
ﰉﰊﰋﰌﰍﰎ
26:59 Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka.
ﰏﰐﰑ
26:60 Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.
ﭑﭒﭓﭔﭕﭖﭗﭘﭙ
26:61 Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".
ﭚﭛﭜﭝﭞﭟﭠﭡ
26:62 Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku".
ﭢﭣﭤﭥﭦﭧﭨﭩﭪﭫﭬﭭﭮﭯﭰ
26:63 Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.
ﭱﭲﭳﭴ
26:64 Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.
ﭵﭶﭷﭸﭹﭺ
26:65 Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.
ﭻﭼﭽﭾ
26:66 Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).
ﭿﮀﮁﮂﮃﮄﮅﮆﮇﮈ
26:67 Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman.
ﮉﮊﮋﮌﮍﮎ
26:68 Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﮏﮐﮑﮒﮓ
26:69 Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.
ﮔﮕﮖﮗﮘﮙﮚ
26:70 Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?"
ﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡ
26:71 Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya".
ﮢﮣﮤﮥﮦﮧ
26:72 Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?
ﮨﮩﮪﮫﮬ
26:73 "Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?"
ﮭﮮﮯﮰﮱﯓﯔ
26:74 Mereka menjawab: "(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian".
ﯕﯖﯗﯘﯙﯚ
26:75 Nabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? -
ﯛﯜﯝﯞ
26:76 "(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?
ﯟﯠﯡﯢﯣﯤﯥ
26:77 "(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;
ﯦﯧﯨﯩﯪ
26:78 "Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
ﯫﯬﯭﯮﯯ
26:79 "Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,
ﯰﯱﯲﯳﯴ
26:80 "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
ﯵﯶﯷﯸﯹ
26:81 "Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;
ﯺﯻﯼﯽﯾﯿﰀﰁﰂ
26:82 "Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
ﰃﰄﰅﰆﰇﰈﰉ
26:83 "Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
ﭑﭒﭓﭔﭕﭖﭗ
26:84 "Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
ﭘﭙﭚﭛﭜﭝ
26:85 "Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;
ﭞﭟﭠﭡﭢﭣﭤ
26:86 "Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;
ﭥﭦﭧﭨﭩ
26:87 "Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -
ﭪﭫﭬﭭﭮﭯﭰ
26:88 "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
ﭱﭲﭳﭴﭵﭶﭷ
26:89 "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
ﭸﭹﭺﭻ
26:90 "Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,
ﭼﭽﭾﭿ
26:91 "Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;
ﮀﮁﮂﮃﮄﮅﮆ
26:92 "Serta dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu -
ﮇﮈﮉﮊﮋﮌﮍﮎ
26:93 ` Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri ? '
ﮏﮐﮑﮒﮓ
26:94 "Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama,
ﮔﮕﮖﮗ
26:95 "Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.
ﮘﮙﮚﮛﮜ
26:96 "Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka:
ﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣ
26:97 " ` Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,
ﮤﮥﮦﮧﮨ
26:98 " ` Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;
ﮩﮪﮫﮬﮭ
26:99 " ` Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.
ﮮﮯﮰﮱﯓ
26:100 " ` Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,
ﯔﯕﯖﯗ
26:101 " ` Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.
ﯘﯙﯚﯛﯜﯝﯞﯟ
26:102 " ` Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. ' "
ﯠﯡﯢﯣﯤﯥﯦﯧﯨﯩ
26:103 Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﯪﯫﯬﯭﯮﯯ
26:104 Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.
ﯰﯱﯲﯳﯴ
26:105 (Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)
ﯵﯶﯷﯸﯹﯺﯻﯼ
26:106 Ketika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
ﯽﯾﯿﰀﰁ
26:107 "Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ﰂﰃﰄﰅ
26:108 " Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ﰆﰇﰈﰉﰊﰋﰌﰍﰎﰏﰐﰑﰒ
26:109 "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ﰓﰔﰕﰖ
26:110 "Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku".
ﰗﰘﰙﰚﰛﰜﰝ
26:111 Mereka menjawab: "Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?"
ﭑﭒﭓﭔﭕﭖﭗ
26:112 Nabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka?
ﭘﭙﭚﭛﭜﭝﭞﭟﭠ
26:113 "Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian).
ﭡﭢﭣﭤﭥ
26:114 "Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku).
ﭦﭧﭨﭩﭪﭫ
26:115 "Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)".
ﭬﭭﭮﭯﭰﭱﭲﭳﭴ
26:116 Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!"
ﭵﭶﭷﭸﭹﭺ
26:117 Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku.
ﭻﭼﭽﭾﭿﮀﮁﮂﮃﮄ
26:118 "Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku"
ﮅﮆﮇﮈﮉﮊﮋ
26:119 Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).
ﮌﮍﮎﮏﮐ
26:120 Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).
ﮑﮒﮓﮔﮕﮖﮗﮘﮙﮚ
26:121 Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﮛﮜﮝﮞﮟﮠ
26:122 Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﮡﮢﮣﮤ
26:123 (Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
ﮥﮦﮧﮨﮩﮪﮫﮬ
26:124 Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
ﮭﮮﮯﮰﮱ
26:125 "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ﯓﯔﯕﯖ
26:126 "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ﯗﯘﯙﯚﯛﯜﯝﯞﯟﯠﯡﯢﯣ
26:127 "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ﯤﯥﯦﯧﯨﯩ
26:128 "Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.
ﯪﯫﯬﯭﯮ
26:129 "Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?
ﯯﯰﯱﯲﯳ
26:130 "Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?
ﯴﯵﯶﯷ
26:131 "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.
ﯸﯹﯺﯻﯼﯽ
26:132 "Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.
ﯾﯿﰀﰁ
26:133 "Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),
ﰂﰃﰄ
26:134 "Dan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir).
ﰅﰆﰇﰈﰉﰊﰋ
26:135 "Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".
ﰌﰍﰎﰏﰐﰑﰒﰓﰔﰕ
26:136 Mereka menjawab: "Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran.
ﭑﭒﭓﭔﭕﭖ
26:137 "Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala,
ﭗﭘﭙﭚ
26:138 "Dan kami pula tidak akan diseksa".
ﭛﭜﭝﭞﭟﭠﭡﭢﭣﭤﭥﭦﭧ
26:139 Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﭨﭩﭪﭫﭬﭭ
26:140 Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﭮﭯﭰﭱ
26:141 (Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),
ﭲﭳﭴﭵﭶﭷﭸﭹ
26:142 Ketika saudara mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
ﭺﭻﭼﭽﭾ
26:143 "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ﭿﮀﮁﮂ
26:144 "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ﮃﮄﮅﮆﮇﮈﮉﮊﮋﮌﮍﮎﮏ
26:145 "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ﮐﮑﮒﮓﮔﮕ
26:146 "Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? -
ﮖﮗﮘﮙ
26:147 "Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir),
ﮚﮛﮜﮝﮞ
26:148 "Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?
ﮟﮠﮡﮢﮣﮤ
26:149 "Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh?
ﮥﮦﮧﮨ
26:150 "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku;
ﮩﮪﮫﮬﮭ
26:151 "Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, -
ﮮﮯﮰﮱﯓﯔﯕ
26:152 "Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".
ﯖﯗﯘﯙﯚﯛ
26:153 Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir!
ﯜﯝﯞﯟﯠﯡﯢﯣﯤﯥﯦﯧ
26:154 "Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
ﯨﯩﯪﯫﯬﯭﯮﯯﯰﯱ
26:155 Nabi Soleh berkata: "Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu.
ﯲﯳﯴﯵﯶﯷﯸﯹ
26:156 "Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".
ﯺﯻﯼﯽ
26:157 Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).
ﯾﯿﰀﰁﰂﰃﰄﰅﰆﰇﰈﰉﰊ
26:158 Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﰋﰌﰍﰎﰏﰐ
26:159 Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﭑﭒﭓﭔﭕ
26:160 (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
ﭖﭗﭘﭙﭚﭛﭜﭝ
26:161 Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
ﭞﭟﭠﭡﭢ
26:162 "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ﭣﭤﭥﭦ
26:163 "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ﭧﭨﭩﭪﭫﭬﭭﭮﭯﭰﭱﭲﭳ
26:164 "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ﭴﭵﭶﭷﭸ
26:165 "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
ﭹﭺﭻﭼﭽﭾﭿﮀﮁﮂﮃﮄﮅ
26:166 "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"
ﮆﮇﮈﮉﮊﮋﮌﮍﮎ
26:167 Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"
ﮏﮐﮑﮒﮓﮔ
26:168 Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".
ﮕﮖﮗﮘﮙﮚ
26:169 (Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."
ﮛﮜﮝﮞ
26:170 Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya
ﮟﮠﮡﮢﮣ
26:171 Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.
ﮤﮥﮦﮧ
26:172 Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).
ﮨﮩﮪﮫﮬﮭﮮﮯ
26:173 Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
ﮰﮱﯓﯔﯕﯖﯗﯘﯙﯚ
26:174 Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﯛﯜﯝﯞﯟﯠ
26:175 Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﯡﯢﯣﯤﯥ
26:176 (Demikian juga) penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
ﯦﯧﯨﯩﯪﯫﯬ
26:177 Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
ﯭﯮﯯﯰﯱ
26:178 "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ﯲﯳﯴﯵ
26:179 "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ﯶﯷﯸﯹﯺﯻﯼﯽﯾﯿﰀﰁﰂ
26:180 "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ﰃﰄﰅﰆﰇﰈﰉﰊ
26:181 "Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.
ﰋﰌﰍﰎ
26:182 "Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.
ﰏﰐﰑﰒﰓﰔﰕﰖﰗﰘ
26:183 "Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.
ﭑﭒﭓﭔﭕﭖ
26:184 "Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu".
ﭗﭘﭙﭚﭛﭜ
26:185 Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir.
ﭝﭞﭟﭠﭡﭢﭣﭤﭥﭦ
26:186 "Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta.
ﭧﭨﭩﭪﭫﭬﭭﭮﭯﭰ
26:187 Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"
ﭱﭲﭳﭴﭵﭶ
26:188 Nabi Syuaib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan".
ﭷﭸﭹﭺﭻﭼﭽﭾﭿﮀﮁﮂ
26:189 Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar - (huru-haranya).
ﮃﮄﮅﮆﮇﮈﮉﮊﮋﮌ
26:190 Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﮍﮎﮏﮐﮑﮒ
26:191 Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﮓﮔﮕﮖﮗ
26:192 Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.
ﮘﮙﮚﮛﮜ
26:193 Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.
ﮝﮞﮟﮠﮡﮢ
26:194 Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).
ﮣﮤﮥﮦ
26:195 (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
ﮧﮨﮩﮪﮫ
26:196 Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu.
ﮬﮭﮮﮯﮰﮱﯓﯔﯕﯖ
26:197 (Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?
ﯗﯘﯙﯚﯛﯜ
26:198 Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,
ﯝﯞﯟﯠﯡﯢﯣ
26:199 Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.
ﯤﯥﯦﯧﯨﯩ
26:200 Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa - tidak percayakan Al-Quran.
ﯪﯫﯬﯭﯮﯯﯰﯱ
26:201 Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,
ﯲﯳﯴﯵﯶﯷ
26:202 Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.
ﯸﯹﯺﯻﯼ
26:203 Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): "Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?"
ﯽﯾﯿ
26:204 (Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?
ﰀﰁﰂﰃﰄ
26:205 Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,
ﰅﰆﰇﰈﰉﰊ
26:206 Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,
ﭑﭒﭓﭔﭕﭖﭗ
26:207 (Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.
ﭘﭙﭚﭛﭜﭝﭞﭟ
26:208 Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.
ﭠﭡﭢﭣﭤ
26:209 Memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.
ﭥﭦﭧﭨﭩ
26:210 Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.
ﭪﭫﭬﭭﭮﭯ
26:211 Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.
ﭰﭱﭲﭳﭴ
26:212 Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.
ﭵﭶﭷﭸﭹﭺﭻﭼﭽﭾ
26:213 Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.
ﭿﮀﮁﮂ
26:214 Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.
ﮃﮄﮅﮆﮇﮈﮉ
26:215 Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
ﮊﮋﮌﮍﮎﮏﮐﮑ
26:216 Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!"
ﮒﮓﮔﮕﮖ
26:217 Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
ﮗﮘﮙﮚﮛ
26:218 Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),
ﮜﮝﮞﮟ
26:219 Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.
ﮠﮡﮢﮣﮤ
26:220 Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﮥﮦﮧﮨﮩﮪﮫ
26:221 Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
ﮬﮭﮮﮯﮰﮱ
26:222 Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
ﯓﯔﯕﯖﯗ
26:223 Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
ﯘﯙﯚﯛ
26:224 Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
ﯜﯝﯞﯟﯠﯡﯢﯣ
26:225 Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
ﯤﯥﯦﯧﯨﯩ
26:226 Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
ﯪﯫﯬﯭﯮﯯﯰﯱﯲﯳﯴﯵﯶﯷﯸﯹﯺﯻﯼﯽﯾ
26:227 Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

Al-Quran


Wednesday, September 9, 2026

Jangan lupakan kami dalam doa baik anda