Rahman suresi çevirisi Malayca

  1. Suresi mp3
  2. Başka bir sure
  3. Malayca
Kuranı Kerim türkçe meali | Kur'an çevirileri | Malayca dili | Rahman Suresi | الرحمن - Ayet sayısı 78 - Moshaf'taki surenin numarası: 55 - surenin ingilizce anlamı: The Most Merciful.

الرَّحْمَٰنُ(1)

 (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

عَلَّمَ الْقُرْآنَ(2)

 Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

خَلَقَ الْإِنسَانَ(3)

 Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

عَلَّمَهُ الْبَيَانَ(4)

 Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ(5)

 Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

وَالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ(6)

 Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ(7)

 Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ(8)

 Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ(9)

 Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ(10)

 Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

فِيهَا فَاكِهَةٌ وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ(11)

 Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ(12)

 Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(13)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

خَلَقَ الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ(14)

 Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,

وَخَلَقَ الْجَانَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ(15)

 Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(16)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ(17)

 (Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(18)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ(19)

 Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ(20)

 Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(21)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ(22)

 Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(23)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

وَلَهُ الْجَوَارِ الْمُنشَآتُ فِي الْبَحْرِ كَالْأَعْلَامِ(24)

 Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(25)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ(26)

 Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ(27)

 Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(28)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

يَسْأَلُهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ(29)

 Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(30)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?

سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ الثَّقَلَانِ(31)

 Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(32)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ(33)

 Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(34)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ(35)

 Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(36)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فَإِذَا انشَقَّتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ(37)

 Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(38)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْأَلُ عَن ذَنبِهِ إِنسٌ وَلَا جَانٌّ(39)

 Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(40)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَالْأَقْدَامِ(41)

 Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(42)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

هَٰذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا الْمُجْرِمُونَ(43)

 (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".

يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ آنٍ(44)

 Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(45)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ(46)

 Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(47)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

ذَوَاتَا أَفْنَانٍ(48)

 (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(49)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ(50)

 Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(51)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

فِيهِمَا مِن كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجَانِ(52)

 Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(53)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ(54)

 Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(55)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ(56)

 Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(57)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ(58)

 Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(59)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ(60)

 Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(61)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ(62)

 Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(63)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

مُدْهَامَّتَانِ(64)

 Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(65)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ(66)

 Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(67)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ(68)

 Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(69)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ(70)

 Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(71)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

حُورٌ مَّقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ(72)

 Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(73)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ(74)

 (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(75)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِيٍّ حِسَانٍ(76)

 Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(77)

 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ(78)

 Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.


Malayca diğer sureler:

Bakara suresi Âl-i İmrân Nisâ suresi
Mâide suresi Yûsuf suresi İbrâhîm suresi
Hicr suresi Kehf suresi Meryem suresi
Hac suresi Kasas suresi Ankebût suresi
As-Sajdah Yâsîn suresi Duhân suresi
fetih suresi Hucurât suresi Kâf suresi
Necm suresi Rahmân suresi vakıa suresi
Haşr suresi Mülk suresi Hâkka suresi
İnşikâk suresi Alâ suresi Gâşiye suresi

En ünlü okuyucuların sesiyle Rahman Suresi indirin:

Surah Ar-Rahman mp3: yüksek kalitede dinlemek ve indirmek için okuyucuyu seçerek
Rahman Suresi Ahmed El Agamy
Ahmed El Agamy
Rahman Suresi Saad Al Ghamdi
Saad Al Ghamdi
Rahman Suresi Saud Al Shuraim
Saud Al Shuraim
Rahman Suresi Abdul Basit Abdul Samad
Abdul Basit
Rahman Suresi Abdullah Basfar
Abdullah Basfar
Rahman Suresi Abdullah Awwad Al Juhani
Abdullah Al Juhani
Rahman Suresi Ali Al Hudhaifi
Ali Al Hudhaifi
Rahman Suresi Fares Abbad
Fares Abbad
Rahman Suresi Maher Al Muaiqly
Maher Al Muaiqly
Rahman Suresi Muhammad Jibril
Muhammad Jibril
Rahman Suresi Muhammad Siddiq Al Minshawi
Al Minshawi
Rahman Suresi Al Hosary
Al Hosary
Rahman Suresi Al-afasi
Mishari Al-afasi
Rahman Suresi Nasser Al Qatami
Nasser Al Qatami
Rahman Suresi Yasser Al Dosari
Yasser Al Dosari


Sunday, November 3, 2024

Bizim için dua et, teşekkürler