وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِأَعْدَائِكُمْ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِاللَّهِ نَصِيرًا ٤٥
🔤 Transliteration
Wallaahu a`lamu bi a`daaa`i-kum; wa kafaa billaahi waliyyanw wa kafaa billaahi naseera
📖 Terjemahan (Dalam Bahasa Melayu)
📖 Dalam Bahasa Melayu
Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka).
🌐 Additional reference in Bahasa Indonesia
Makna Perkataan:
- وَلِيًّا: Penolong yang menguruskan urusan-urusan kamu.
- نَصِيرًا: Pembela yang memberikan kemenangan kepada kamu.
Tafsir Ayat:
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala Maha Mengetahui segala sesuatu tentang musuh-musuh kamu, lebih daripada pengetahuan kamu sendiri. Dia mengetahui segala tipu daya, kebencian, dan rancangan jahat mereka terhadap kamu. Maka, Allah telah memberitahu kamu tentang mereka dan menjelaskan permusuhan mereka agar kamu sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap mereka.
Allah juga telah mengingatkan kamu bahawa cukuplah Dia sebagai Pelindung yang menjaga dan menguruskan urusan kamu, serta cukuplah Dia sebagai Pembela yang menolong kamu mengalahkan musuh-musuh kamu. Maka janganlah kamu berasa takut atau gentar terhadap mereka, kerana pertolongan dan perlindungan Allah itu lebih besar dan lebih kuat daripada segala kekuatan musuh.
Ayat ini memberikan ketenangan dan ketenteraman hati kepada orang-orang mukmin, bahawa walau apa pun cabaran dan ancaman daripada musuh, Allah sentiasa bersama mereka. Allah tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya yang beriman keseorangan. Dia akan sentiasa melindungi, menjaga, dan memberikan kemenangan kepada mereka selagi mereka berpegang teguh kepada agama-Nya dan bertawakal kepada-Nya.
Maka, bertawakallah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pembela. Dengan keyakinan ini, hati orang mukmin menjadi teguh dan tidak mudah goyah walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat perlindungan dan pertolongan-Nya di dunia dan di akhirat.
📜 Ayat 43-47 — Surah An-Nisa
43يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
44أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِّنَ الْكِتَابِ يَشْتَرُونَ الضَّلَالَةَ وَيُرِيدُونَ أَن تَضِلُّوا السَّبِيلَ
Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan pertunjuk Tuhan), dan mereka pula berkehendak supaya kamu juga sesat jalan.
45وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِأَعْدَائِكُمْ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِاللَّهِ نَصِيرًا
Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka).
46مِّنَ الَّذِينَ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَاسْمَعْ غَيْرَ مُسْمَعٍ وَرَاعِنَا لَيًّا بِأَلْسِنَتِهِمْ وَطَعْنًا فِي الدِّينِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ قَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَاسْمَعْ وَانظُرْنَا لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَقْوَمَ وَلَٰكِن لَّعَنَهُمُ اللَّهُ بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا
Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk", serta (mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).
47يَا أَيُّهَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ آمِنُوا بِمَا نَزَّلْنَا مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَكُم مِّن قَبْلِ أَن نَّطْمِسَ وُجُوهًا فَنَرُدَّهَا عَلَىٰ أَدْبَارِهَا أَوْ نَلْعَنَهُمْ كَمَا لَعَنَّا أَصْحَابَ السَّبْتِ ۚ وَكَانَ أَمْرُ اللَّهِ مَفْعُولًا
Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab, berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran), yang mengesahkan Kitab-Kitab yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata - tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya, atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang (dari kaum mereka - Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku.
Terjemahan — An-Nisa 45
Surah An-Nisa Ayat 45 - Baca, Dengar, Terjemahan, Melayu : Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu…
Surah Ayat 45/176 — Surah An-Nisa النساء (Madaniyah). Baca Dengar Terjemahan (Melayu). Dengar: Surah An-Nisa Dengar, Surah An-Nisa Terjemahan, Surah An-Nisa mp3, Surah An-Nisa pdf. Ayat 43–47. Dalam Bahasa Melayu: Bahasa Indonesia.