📖 0/604 halaman dibaca
📄 596
لَا يَصۡلَىٰهَآ إِلَّا ٱلۡأَشۡقَى  ۝١٥ ٱلَّذِي كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ  ۝١٦ وَسَيُجَنَّبُهَا ٱلۡأَتۡقَى  ۝١٧ ٱلَّذِي يُؤۡتِي مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ  ۝١٨ وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُۥ مِن نِّعۡمَةٍ تُجۡزَىٰٓ  ۝١٩ إِلَّا ٱبۡتِغَآءَ وَجۡهِ رَبِّهِ ٱلۡأَعۡلَىٰ  ۝٢٠ وَلَسَوۡفَ يَرۡضَىٰ  ۝٢١
Surah Ad-Duha
bismillah
وَٱلضُّحَىٰ  ۝١ وَٱلَّيۡلِ إِذَا سَجَىٰ  ۝٢ مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ  ۝٣ وَلَلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٌ لَّكَ مِنَ ٱلۡأُولَىٰ  ۝٤ وَلَسَوۡفَ يُعۡطِيكَ رَبُّكَ فَتَرۡضَىٰٓ  ۝٥ أَلَمۡ يَجِدۡكَ يَتِيمًا فَـَٔاوَىٰ  ۝٦ وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ  ۝٧ وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَأَغۡنَىٰ  ۝٨ فَأَمَّا ٱلۡيَتِيمَ فَلَا تَقۡهَرۡ  ۝٩ وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنۡهَرۡ  ۝١٠ وَأَمَّا بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثۡ  ۝١١
Surah Ash-Sharh
bismillah
أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ  ۝١ وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ  ۝٢ ٱلَّذِيٓ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ  ۝٣ وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ  ۝٤ فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا  ۝٥ إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا  ۝٦ فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ  ۝٧ وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب  ۝٨
92:15
لَا يَصۡلَىٰهَآ إِلَّا ٱلۡأَشۡقَى  ۝١٥
Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka, -
92:16
ٱلَّذِي كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ  ۝١٦
Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar.
92:17
وَسَيُجَنَّبُهَا ٱلۡأَتۡقَى  ۝١٧
Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -
92:18
ٱلَّذِي يُؤۡتِي مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ  ۝١٨
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,
92:19
وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُۥ مِن نِّعۡمَةٍ تُجۡزَىٰٓ  ۝١٩
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,
92:20
إِلَّا ٱبۡتِغَآءَ وَجۡهِ رَبِّهِ ٱلۡأَعۡلَىٰ  ۝٢٠
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
92:21
وَلَسَوۡفَ يَرۡضَىٰ  ۝٢١
Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).
Surah Ad-Duha
bismillah
93:1
وَٱلضُّحَىٰ  ۝١
Demi waktu dhuha,
93:2
وَٱلَّيۡلِ إِذَا سَجَىٰ  ۝٢
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
93:3
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ  ۝٣
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
93:4
وَلَلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٌ لَّكَ مِنَ ٱلۡأُولَىٰ  ۝٤
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
93:5
وَلَسَوۡفَ يُعۡطِيكَ رَبُّكَ فَتَرۡضَىٰٓ  ۝٥
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
93:6
أَلَمۡ يَجِدۡكَ يَتِيمًا فَـَٔاوَىٰ  ۝٦
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
93:7
وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ  ۝٧
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
93:8
وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَأَغۡنَىٰ  ۝٨
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
93:9
فَأَمَّا ٱلۡيَتِيمَ فَلَا تَقۡهَرۡ  ۝٩
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
93:10
وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنۡهَرۡ  ۝١٠
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
93:11
وَأَمَّا بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثۡ  ۝١١
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Surah Ash-Sharh
bismillah
94:1
أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ  ۝١
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
94:2
وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ  ۝٢
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
94:3
ٱلَّذِيٓ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ  ۝٣
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
94:4
وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ  ۝٤
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
94:5
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا  ۝٥
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
94:6
إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا  ۝٦
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
94:7
فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ  ۝٧
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
94:8
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب  ۝٨
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


📚Juz 30 📄596 / 604



Mishary Rashid Alafasy
Mahmoud Khalil Al-Husary
Abdurrahman As-Sudais
Mohamed Siddiq Al-Minshawi
Abdul Basit Abdul Samad
Ali Al-Hudhaify
Ahmed ibn Ali al-Ajamy
Abu Bakr Ash-Shaatree
Muhammad Ayyoub
Abdullah Basfar
Abdullah Al-Juhani
Maher Al Muaiqly
0:00
0:00
-

Al-Quran


Tuesday, September 1, 2026

Jangan lupakan kami dalam doa baik anda