سورة الانفطار بالماليزية
Apabila langit terbelah; |
Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan; |
Dan apabila lautan pecah bercampur-baur; |
Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, - |
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya. |
يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ(6) Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? - |
Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya; |
Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu. |
Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan. |
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, |
(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu); |
Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. |
(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat; |
Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang. |
Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan, |
Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya. |
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? |
Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? |
يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِّنَفْسٍ شَيْئًا ۖ وَالْأَمْرُ يَوْمَئِذٍ لِّلَّهِ(19) (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah. |
المزيد من السور باللغة الماليزية:
تحميل سورة الانفطار بصوت أشهر القراء :
قم باختيار القارئ للاستماع و تحميل سورة الانفطار كاملة بجودة عالية
أحمد العجمي
خالد الجليل
سعد الغامدي
سعود الشريم
عبد الباسط
عبد الله الجهني
علي الحذيفي
فارس عباد
ماهر المعيقلي
محمد جبريل
المنشاوي
الحصري
مشاري العفاسي
ناصر القطامي
ياسر الدوسري
Tuesday, December 3, 2024
لا تنسنا من دعوة صالحة بظهر الغيب