📖 0/604 halaman dibaca
📄 582
Surah An-Naba

Surah An-Naba

78:2
عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلۡعَظِيمِ ٢
Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).
78:4
كـَلَّا سَيَعۡلَمُونَ ٤
Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).
78:5
ثُمَّ كـَلَّا سَيَعۡلَمُونَ ٥
Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).
78:6
أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ مِهَٰدًا ٦
(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
78:10
وَجَعَلۡنَا ٱلَّيۡلَ لِبَاسًا ١٠
Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
78:11
وَجَعَلۡنَا ٱلنَّهَارَ مَعَاشًا ١١
Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?
78:12
وَبَنَيۡنَا فَوۡقَكُمۡ سَبۡعًا شِدَادًا ١٢
Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?
78:13
وَجَعَلۡنَا سِرَاجًا وَهَّاجًا ١٣
Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?
78:14
وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡمُعۡصِرَٰتِ مَآءً ثَجَّاجًا ١٤
Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -
78:15
لِّنُخۡرِجَ بِهِۦ حَبًّا وَنَبَاتًا ١٥
Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -
78:17
إِنَّ يَوۡمَ ٱلۡفَصۡلِ كَانَ مِيقَٰتًا ١٧
Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,
78:18
يَوۡمَ يُنفَخُ فِي ٱلصُّورِ فَتَأۡتُونَ أَفۡوَاجًا ١٨
Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);
78:19
وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ أَبۡوَٰبًا ١٩
Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,
78:20
وَسُيِّرَتِ ٱلۡجِبَالُ فَكَانَتۡ سَرَابًا ٢٠
Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.
78:22
لِّلطَّٰغِينَ مَـَٔابًا ٢٢
Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.
78:24
لَّا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرۡدًا وَلَا شَرَابًا ٢٤
Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -
78:25
إِلَّا حَمِيمًا وَغَسَّاقًا ٢٥
Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -
78:27
إِنَّهُمۡ كَانُواْ لَا يَرۡجُونَ حِسَابًا ٢٧
Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,
78:28
وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا كِذَّابًا ٢٨
Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;
78:29
وَكُلَّ شَيۡءٍ أَحۡصَيۡنَٰهُ كِتَٰبًا ٢٩
Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.
78:30
فَذُوقُواْ فَلَن نَّزِيدَكُمۡ إِلَّا عَذَابًا ٣٠
(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".
العربيةEnglishBahasa IndonesiaTürkçeРусскийفارسیFrançaisاردوবাংলাDeutschEspañol中文हिन्दीPortuguêsItalianoภาษาไทยPolskiNederlandsShqipKiswahiliO'zbekதமிழ்MelayuBosanskiSoomaaliAzərbaycanکوردی한국어日本語SvenskaDanskNorskپښتوമലയാളംසිංහලTamazightHausaአማርኛБългарскиТоҷикӣҚазақшаFilipinoسنڌيYorùbáFulfuldeТатарчаئۇيغۇرچەКыргызчаਪੰਜਾਬੀJawaతెలుగుမြန်မာગુજરાતીOromoमराठीTiếng ViệtMalagasyНохчийнWolofދިވެހިಕನ್ನಡУкраїнськаΕλληνικάქართულიខ្មែរدریQafar afMaranaoनेपाली
Al-Quran
Tuesday, September 1, 2026
Jangan lupakan kami dalam doa baik anda







