📖 0/604 halaman dibaca
📄 535
يَطُوفُ عَلَيۡهِمۡ وِلۡدَٰنٌ مُّخَلَّدُونَ  ۝١٧ بِأَكۡوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٍ مِّن مَّعِينٍ  ۝١٨ لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡهَا وَلَا يُنزِفُونَ  ۝١٩ وَفَٰكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ  ۝٢٠ وَلَحۡمِ طَيۡرٍ مِّمَّا يَشۡتَهُونَ  ۝٢١ وَحُورٌ عِينٌ  ۝٢٢ كَأَمۡثَٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ  ۝٢٣ جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ  ۝٢٤ لَا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوًا وَلَا تَأۡثِيمًا  ۝٢٥ إِلَّا قِيلًا سَلَٰمًا سَلَٰمًا  ۝٢٦ وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ  ۝٢٧ فِي سِدۡرٍ مَّخۡضُودٍ  ۝٢٨ وَطَلۡحٍ مَّنضُودٍ  ۝٢٩ وَظِلٍّ مَّمۡدُودٍ  ۝٣٠ وَمَآءٍ مَّسۡكُوبٍ  ۝٣١ وَفَٰكِهَةٍ كَثِيرَةٍ  ۝٣٢ لَّا مَقۡطُوعَةٍ وَلَا مَمۡنُوعَةٍ  ۝٣٣ وَفُرُشٍ مَّرۡفُوعَةٍ  ۝٣٤ إِنَّآ أَنشَأۡنَٰهُنَّ إِنشَآءً  ۝٣٥ فَجَعَلۡنَٰهُنَّ أَبۡكَارًا  ۝٣٦ عُرُبًا أَتۡرَابًا  ۝٣٧ لِّأَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ  ۝٣٨ ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ  ۝٣٩ وَثُلَّةٌ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ  ۝٤٠ وَأَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ  ۝٤١ فِي سَمُومٍ وَحَمِيمٍ  ۝٤٢ وَظِلٍّ مِّن يَحۡمُومٍ  ۝٤٣ لَّا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ  ۝٤٤ إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٰلِكَ مُتۡرَفِينَ  ۝٤٥ وَكَانُواْ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلۡحِنثِ ٱلۡعَظِيمِ  ۝٤٦ وَكَانُواْ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ  ۝٤٧ أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ  ۝٤٨ قُلۡ إِنَّ ٱلۡأَوَّلِينَ وَٱلۡأٓخِرِينَ  ۝٤٩ لَمَجۡمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَٰتِ يَوۡمٍ مَّعۡلُومٍ  ۝٥٠
56:17
يَطُوفُ عَلَيۡهِمۡ وِلۡدَٰنٌ مُّخَلَّدُونَ  ۝١٧
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
56:18
بِأَكۡوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٍ مِّن مَّعِينٍ  ۝١٨
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
56:19
لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡهَا وَلَا يُنزِفُونَ  ۝١٩
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
56:20
وَفَٰكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ  ۝٢٠
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
56:21
وَلَحۡمِ طَيۡرٍ مِّمَّا يَشۡتَهُونَ  ۝٢١
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
56:22
وَحُورٌ عِينٌ  ۝٢٢
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
56:23
كَأَمۡثَٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ  ۝٢٣
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
56:24
جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ  ۝٢٤
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
56:25
لَا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوًا وَلَا تَأۡثِيمًا  ۝٢٥
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
56:26
إِلَّا قِيلًا سَلَٰمًا سَلَٰمًا  ۝٢٦
Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
56:27
وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ  ۝٢٧
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
56:28
فِي سِدۡرٍ مَّخۡضُودٍ  ۝٢٨
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
56:29
وَطَلۡحٍ مَّنضُودٍ  ۝٢٩
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
56:30
وَظِلٍّ مَّمۡدُودٍ  ۝٣٠
Dan naungan yang tetap terbentang,
56:31
وَمَآءٍ مَّسۡكُوبٍ  ۝٣١
Dan air yang sentiasa mengalir,
56:32
وَفَٰكِهَةٍ كَثِيرَةٍ  ۝٣٢
Serta buah-buahan yang banyak,
56:33
لَّا مَقۡطُوعَةٍ وَلَا مَمۡنُوعَةٍ  ۝٣٣
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
56:34
وَفُرُشٍ مَّرۡفُوعَةٍ  ۝٣٤
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
56:35
إِنَّآ أَنشَأۡنَٰهُنَّ إِنشَآءً  ۝٣٥
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56:36
فَجَعَلۡنَٰهُنَّ أَبۡكَارًا  ۝٣٦
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
56:37
عُرُبًا أَتۡرَابًا  ۝٣٧
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
56:38
لِّأَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ  ۝٣٨
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
56:39
ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ  ۝٣٩
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
56:40
وَثُلَّةٌ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ  ۝٤٠
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
56:41
وَأَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ  ۝٤١
Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
56:42
فِي سَمُومٍ وَحَمِيمٍ  ۝٤٢
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
56:43
وَظِلٍّ مِّن يَحۡمُومٍ  ۝٤٣
Serta naungan dari asap hitam,
56:44
لَّا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ  ۝٤٤
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
56:45
إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٰلِكَ مُتۡرَفِينَ  ۝٤٥
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
56:46
وَكَانُواْ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلۡحِنثِ ٱلۡعَظِيمِ  ۝٤٦
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
56:47
وَكَانُواْ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ  ۝٤٧
Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
56:48
أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ  ۝٤٨
"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
56:49
قُلۡ إِنَّ ٱلۡأَوَّلِينَ وَٱلۡأٓخِرِينَ  ۝٤٩
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
56:50
لَمَجۡمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَٰتِ يَوۡمٍ مَّعۡلُومٍ  ۝٥٠
"Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.


📚Juz 27 📄535 / 604



Mishary Rashid Alafasy
Mahmoud Khalil Al-Husary
Abdurrahman As-Sudais
Mohamed Siddiq Al-Minshawi
Abdul Basit Abdul Samad
Ali Al-Hudhaify
Ahmed ibn Ali al-Ajamy
Abu Bakr Ash-Shaatree
Muhammad Ayyoub
Abdullah Basfar
Abdullah Al-Juhani
Maher Al Muaiqly
0:00
0:00
-

Al-Quran


Monday, August 31, 2026

Jangan lupakan kami dalam doa baik anda