Ibrahim · 44/52
Terjemahan Transliterasi — Surah Ibrahim
وَأَنذِرِ النَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ الْعَذَابُ فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُوا رَبَّنَا أَخِّرْنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ نُّجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ ۗ أَوَلَمْ تَكُونُوا أَقْسَمْتُم مِّن قَبْلُ مَا لَكُم مِّن زَوَالٍ ۝٤٤
Wa anzirin naasa Yawma yaateehimul `azaabu fa yaqoolul lazeena zalamoo Rabbanaaa akhkhirnaaa ilaaa ajalin qareebin nujib da`wataka wa nattabi `ir Rusul; awalam takoonooo aqsamtum min qablu maa lakum min zawaal
📖 Dalam Bahasa Melayu
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?

🎧 Dengar
📜

Terjemahan — Tafsir

Makna Perkataan:

  • أَخِّرْنَا - Tangguhkanlah kami, berilah kami masa.
  • أَجَلٍ قَرِيبٍ - Masa yang singkat, iaitu kembalikan kami ke dunia.
  • نُّجِبْ دَعْوَتَكَ - Kami akan menyahut seruanmu kepada tauhid.
  • زَوَال - Berpindah, lenyap, atau meninggalkan dunia.

Tafsir Ayat:

Wahai Rasulullah, berilah peringatan dan amaran kepada seluruh umat manusia tentang hari kedatangan azab Allah, iaitu hari kiamat. Pada saat itu, orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri dengan kekufuran dan kesyirikan akan merayu dengan penuh penyesalan: "Wahai Tuhan kami, berilah kami tangguh dan masa yang singkat, kembalikanlah kami ke dunia, nescaya kami akan menyahut seruanmu dan beriman kepada-Mu, serta kami akan mengikuti para rasul yang telah Engkau utus."

Namun, mereka akan dijawab dengan celaan dan teguran yang pedas: "Tidakkah kamu dahulu telah bersumpah dengan nama Allah di dunia bahawa kamu tidak akan pernah berpindah dari dunia ini ke akhirat? Tidakkah kamu dahulu mengingkari hari kebangkitan dan kehidupan selepas kematian? Sekarang, ketika azab telah datang, barulah kamu meminta untuk dikembalikan ke dunia? Sungguh, permintaanmu itu sia-sia dan tidak akan diterima."

Ayat ini mengingatkan kita bahawa penyesalan di akhirat tidak akan memberi manfaat sedikit pun. Maka, gunakanlah peluang kehidupan di dunia ini untuk beriman dan beramal soleh, sebelum tiba hari yang tiada lagi peluang untuk kembali.



📜 Ayat 42-46 — Surah Ibrahim

42وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
43مُهْطِعِينَ مُقْنِعِي رُءُوسِهِمْ لَا يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ ۖ وَأَفْئِدَتُهُمْ هَوَاءٌ
(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).
44وَأَنذِرِ النَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ الْعَذَابُ فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُوا رَبَّنَا أَخِّرْنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ نُّجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ ۗ أَوَلَمْ تَكُونُوا أَقْسَمْتُم مِّن قَبْلُ مَا لَكُم مِّن زَوَالٍ
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
45وَسَكَنتُمْ فِي مَسَاكِنِ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ وَتَبَيَّنَ لَكُمْ كَيْفَ فَعَلْنَا بِهِمْ وَضَرَبْنَا لَكُمُ الْأَمْثَالَ
"Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-buKti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)".
46وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ وَعِندَ اللَّهِ مَكْرُهُمْ وَإِن كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ
Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.
IbrahimIndeks Al-Quran
52Ayat
MakkiyahRevelation
44Ayat

Terjemahan — Ibrahim 44

Surah Ibrahim Ayat 44 - Baca, Dengar, Terjemahan, Melayu : Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu…

Surah Ayat 44/52 — Surah Ibrahim إبراهيم (Makkiyah). Baca Dengar Terjemahan (Melayu). Dengar: Surah Ibrahim Dengar, Surah Ibrahim Terjemahan, Surah Ibrahim mp3, Surah Ibrahim pdf. Ayat 42–46. Dalam Bahasa Melayu: Bahasa Indonesia.




Al-Quran


Monday, September 7, 2026

Jangan lupakan kami dalam doa baik anda