Terjemahan — Tafsir
Makna Perkataan:
- تَسْتَتِرُونَ - kamu bersembunyi / berselindung di sebalik tabir dan dinding.
- يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ - menjadi saksi terhadap kamu.
- جُلُودُكُمْ - kulit-kulit kamu.
- ظَنَنتُمْ - kamu telah menyangka.
Tafsir Ayat:
Wahai manusia, ingatlah bahawa ketika kamu melakukan dosa dan maksiat di dunia dahulu, kamu sentiasa bersembunyi dan berselindung di sebalik dinding serta tabir supaya manusia lain tidak nampak perbuatan kamu. Akan tetapi, persoalannya ialah: mengapa kamu bersembunyi? Adakah kerana takut anggota badan kamu sendiri akan menjadi saksi terhadap kamu pada Hari Kiamat kelak? Tidak! Sebenarnya kamu tidak pernah terfikir pun bahawa telinga, mata dan kulit kamu akan bercakap dan menjadi saksi terhadap segala perbuatan kamu. Bahkan kamu mengingkari hari kebangkitan dan pembalasan sama sekali.
Sebenarnya, sebab kamu berani melakukan maksiat secara bersembunyi itu ialah kerana kamu menyangka bahawa Allah SWT tidak mengetahui kebanyakan daripada apa yang kamu lakukan. Kamu menyangka Allah lalai dan tidak nampak perbuatan-perbuatan kamu yang tersembunyi itu. Maka kerana sangkaan buruk inilah kamu berani melakukan dosa tanpa rasa takut kepada Allah.
Sangkaan buruk kamu terhadap Allah inilah yang membinasakan kamu. Ia menjerumuskan kamu ke dalam api neraka. Maka pada hari ini, kamu menjadi golongan yang rugi — rugi diri sendiri dan rugi keluarga kamu. Sekiranya kamu benar-benar beriman bahawa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu, nescaya kamu tidak akan berani melakukan maksiat walaupun bersembunyi di sebalik tabir yang paling tebal sekalipun.
Pengajaran dan Nasihat:
Wahai saudaraku seislam, renungkanlah! Allah SWT itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Tidak ada satu pun perbuatan kita yang tersembunyi daripada-Nya, walaupun sekecil zarah di langit mahupun di bumi. Janganlah kita tertipu dengan sangkaan bahawa Allah tidak mengetahui perbuatan kita. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kita, dan pada Hari Kiamat kelak, anggota badan kita sendiri akan menjadi saksi terhadap apa yang kita lakukan di dunia.
Oleh itu, marilah kita perbaiki sangkaan kita terhadap Allah. Yakinlah bahawa Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Jadikan keyakinan ini sebagai benteng yang menghalang kita daripada melakukan dosa, walaupun ketika kita bersendirian. Sesungguhnya orang yang bertakwa itu ialah mereka yang sentiasa merasa diawasi oleh Allah dalam setiap keadaan. Semoga Allah mengurniakan kita hati yang sentiasa taat dan menjauhkan kita daripada sifat lalai yang membawa kepada kebinasaan. Amin.
📜 Ayat 20-24 — Surah Fussilat
Terjemahan — Fussilat 22
Surah Fussilat Ayat 22 - Baca, Dengar, Terjemahan, Melayu : "Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu)…Surah Ayat 22/54 — Surah Fussilat فصلت (Makkiyah). Baca Dengar Terjemahan (Melayu). Dengar: Surah Fussilat Dengar, Surah Fussilat Terjemahan, Surah Fussilat mp3, Surah Fussilat pdf. Ayat 20–24. Dalam Bahasa Melayu: Bahasa Indonesia.
Al-Quran
Monday, September 7, 2026
Jangan lupakan kami dalam doa baik anda








